“1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8. 9, 10…”
Maklum sahajalah, kisah kanak-kanak disorok bunian itu adalah perkara norma dalam masyarakat Melayu kita.
Seperti konsep yang diketengahkan filem seram Indonesia yang berjudul “Hide & Seek Minako” dengan menggunakan korban anak patung Jepun jenis Ichimatsu bernama MINAKO, habis rakan-rakan sekaliannya menjadi mangsa lapahan iblis!
Tonton Trailer “Hide & Seek Minako”
Diilhamkan dari novel “Petak Umpet Minako”, ia berkisarkan tentang seorang anak gadis yang sering dibuli sewaktu remajanya bernama Vindha, lakonan Regina Rengganis.
Suatu hari, Vindha telah menghadirkan diri ke sebuah acara pertemuan semula bersama alumni sekelasnya dari zaman persekolahan menengah atasan (SMA) dan dari situ dia yang merupakan lulusan jurusan fesyen dari sebuah kolej di Jepun telah tampil dengan sebuah rencana jahat bagaimana dia boleh membalas dendam terhadap rakan-rakan yang pernah merendah-rendahkannya dahulu. Plot twist! Juga kerana cintanya bertepuk sebelah tangan.
Vindha akhirnya mengusulkan kepada rakan-rakan termasuk Baron lakonan Miller Khan, Destra, Mami, Randy lakonan Nicky Tirta, Gaby dan lain-lain untuk bermain satu permainan mistik lagenda Jepun dipanggil “Hitori Kakurenbo” -yang kemudian dimainkan di tapak sekolah lama mereka kononya untuk mengimbau kenangan lama.
Tanpa pengetahuan rakan-rakan lain, permainan sembunyi-sembunyi itu sememangnya berhantu dan mampu mendatangkan kekacauan emosi kepada pemain sebaik roh yang dipuja menerusi korban anak patung MINAKO itu seterusnya hidup dan seolah bernyawa bagi menyerap jiwa-jiwa suci yang diambil dari para pemainnya.
Menurut penulis, “Hide & Seek Minako” mengetengahkan jalan cerita yang tersendiri meskipun imej hantu yang cuba dipaparkan boleh dianggap hambar kerana langsung tidak menakutkan. Sejujurnya, penulis hampa dengan kesan seram yang diberikan filem ini.
Dari awal hingga akhir, penulis cuma merasa sesak melihat para pelakon berlari tak sudah untuk menyelamatkan diri daripada dicekup si jembalang berkimono.
Pemilihan lokasi yang berlatarkan bangunan sekolah lama, GERUN! Plot penceritaan, UNIK! Gaya lakonan para aktor dan aktres, MANTAP! Tapi… kenapa agaknya ada sesuatu yang hilang membuatkan penulis rasa filem ini langsung tiada pengisian? Mungkin kerana rupa hantu yang tidak seram serta jalan ceritanya terlalu ringkas. Hello, ini bukan telemovie ye. Rasanya kalau tonton drama hantu bodoh macam BLOK 404 tu lagi syok. ***Boy Iman kalau dengar statement penulis ni mesti bangga. HAHA
Ironinya, “Hide & Seek Minako” tak cukup mengancam untuk digelar “Filem paling seram 2019” dan Wanista cuma mampu beri tiga bintang . Ikut hati hendak beri dua bintang sahaja, tapi memandangkan effort para pelakonnya yang patut diberi pujian serta lagu runut bunyinya yang sedap didengar, okay lah kita tambah satu lagi bintang.
Sesungguhnya, cita rasa dan cara kita menilai kualiti sesebuah filem itu pastinya berlainan dan jikalau kamu gemarkan genre seram dan sengaja mahu isi masa lapang untuk cari tahu apa pengakhiran yang berlaku terhadap entiti MINAKO, boleh je masuk panggung dan tonton sendiri.
Fakta! Ada krew dirasuk kuntilanak sewaktu penggambaran yang berjalan selama 13 hari di set tapak bangunan sekolah lama berpenunggu tu tau? And yup, kejadian kerasukan yang menimpa krew “Hide & Seek Minako” tersebut mungkin jauh lebih seram jika hendak dibandingkan dengan hasil filem ini. Heh. Sekarang dah faham kenapa penulis murung?
Apa-apa pun, happy watching! ❤️