Orang sekarang sanggup berhabis ribuan ringgit asalkan majlis perkahwinan memenuhi impian hati. Kalau ikutkan satu hari tak cukup untuk langsung majlis. Nak sahaja macam anak raja cukup tujuh hari tujuh malam tapi tak apalah periksa dulu akaun bank.
Memang tak salah pun hendak buat meriah mana pun majlis kamu, bergantung pada bajet dan situasi kewangan anda dan pasangan. Betul, semua orang mahu majlis perkahwinan yang indah dan ingati oleh tetamu yang hadir.
Jadi buat anda yang sedang merancang perkahwinan yang laksana diraja dan mempunyai dekorasi luar biasa. Mari ikut beberapa tambahan props yang boleh menjadikan dekorasi majlis perkahwinan kamu fenomena.
Chandelier
Chandelier seperti persembahan Sufian Suhaimi di AJL sudah cukup gah untuk sebuah majlis perkahwinan.
Bunga, bunga, bunga!
Beritahu pada perancang perkahwinan kamu jangan kedekut dengan bunga! Aturan bunga boleh memberi mood romantis dan mengubah sekeliling dewan lebih indah.
Dekorasi meja
Ramai yang lupa dekorasi meja makan juga patut diambil berat. Barulah tetamu terasa dihargai.
Persembahan nyanyian
Ini bukan persembahan karaoke biasa-biasa tapi dengan jemputan artis ternama. Sanggup?
Layah panjang
Trend layah panjang sudah kembali, lihat fenomena layah Priyanka Chopra sampai sekarang satu dunia ingat.
Sudah bersedia hendak jadikan perkahwinan anda paling ekstravaganza!