Kulit berjerawat adalah mimpi ngeri setiap perempuan.
Bayangkan kerana jerawat, perempuan jadi moody, tidak berkeyakinan, murung, PMS serta bermacam lagi masalah gangguan jiwa.
Selain melakukan rutin kecantikan seperti double cleansing, toner, serum, pelembap, krim matahari, terdapat satu lagi rutin yang kita lupa dan seringkali tidak lakukan – iaitu pengelupasan. Apatah lagi pengelupasan ketika kulit berjerawat. Adakah ia elok atau sama sekali tidak bagus untuk kulit?
Maksud Pengelupasan
Untuk makluman semua, pengelupasan adalah kunci kepada kulit berseri dan sihat. Ia menghilangkan sel-sel culait mati yang terkumpul di permukaan kulit. Seperti yang anda sudah tahu, jerawat muncul apabila pori anda tersumbat dengan lebihan sebum, kotoran dan sel-sel mati. Pengelupasan yang betul akan membantu membersihkan liang tersumbat, dengan itu ia mengurangkan jerawat anda.
Jenis Pengelupasan
Terdapat dua jenis pengelupasan iaitu fizikal dan kimia.
- Pengelupasan kimia menggunakan kimia seperti AHA dan BHA untuk membuang sel kulit mati.
- Pengelupasan fizikal berfungsi dengan menggosok lapisan sel mati, menggunakan agen fizikal seperti granul (biji/butiran) gula.
Oleh kerana keradangan yang disebabkan oleh jerawat, kulit anda sensitif, oleh itu memerlukan pengelupasan lembut. Elakkan pengelupasan kimia yang kuat dan pengelupasan fizikal yang menggunakan granul yang besar dan tajam.
Cara Dan Langkah Pengelupasan
Cara anda mengelupas juga adalah penting. Jangan terlebih mengelupaskan kulit anda. Jika anda menggunakan pengelupasan fizikal, pastikan anda tidak menggosok kulit anda terlalu meluas. Tinggalkan kawasan dengan kulit yang lebih nipis dan lebih sensitif seperti kulit di sekeliling mata anda.
Selepas mengelupas, anda dinasihatkan untuk memakai beberapa pelembap dengan serta-merta untuk mengimbangi apa-apa kehilangan kelembapan semasa proses itu kerana pengelupasan boleh membebaskan kulit anda daripada minyak semulajadi. Pelembap anda harus bebas minyak dan bukan-komedogenik.
Sekiranya anda mengambil ubat seperti Accutane (isotretinoin), Retin-A (tretinoin) atau Differin (adapalene) atau ubat-ubatan lain, anda perlu berunding dengan pakar dermatologi anda sebelum menggunakan pengelupasan. Pakar dermatologi anda adalah orang yang mempunyai pengetahuan paling mendalam mengenai kulit anda. Pakar akan mengesyorkan produk yang paling sesuai untuk keadaan kulit anda.
Nasihat Wanista, dapatkan nasihat pakar kalau masih lagi was-was mahu menggunakan penggelupasan atau tidak. Jangan sekadar baca review dan ikut kawan sahaja, nanti kalau kulit teruk, anda yang stress.
P/S – Dengar cerita dari PA selebriti, kebanyakan artis Malaysia berjumpa doktor pakar kulit untuk mendapatkan kulit wajah cantik, sihat dan glowing. Mereka mengambil darah, selepas itu hanya memakai produk yang betul dan amalkan diet seimbang sahaja. No wonder…