Walaupun banyak filem hebat datang dari produksi Amerika seperti Hollywood, Warner Brothers, dan Disney, tetapi Jepun juga mempunyai sebuah karya yang tidak jauh hebatnya dengan barat.
Jika anda berminat untuk mempelajari bahasa Jepun, menonton rancangan TV adalah cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran. Anime adalah pilihan yang paling popular – ia datang dalam banyak genre. Bagaimanapun, menonton keseluruhan siri anime mengambil masa yang lama. Oleh itu mengapa tidak memilih menonton karya filem? Wanista mengesyorkan kamu menghabiskan hujung minggu malah cuti Thaipusam akan datang dengan beberapa pilihan animasi hebat dengan garapan jalan cerita yang cukup cemerlang.
Filem ini dipilih kerana jalan cerita, populariti dan pengalaman peribadi penulis. Enjoy!!!
#1 Your Name (2016)
“Your Name (Kimi No Na Wa)” dikeluarkan pada tahun 2016 dan siapa sangka mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa – jalan cerita dan sinematografi. Your Name menceritakan kisah seorang budak sekolah lelaki dan perempuan yang bertukar tubuh. Kisah yang jauh lebih rumit mewujudkan elemen percintaan serta konflik dan twist menjadikan Your Name sangat menarik untuk ditonton dari mula hingga akhir.
#2 Spirited Away (2001)
Bila ditanya filem anime paling hebat sepanjang zaman, rata-rata memilih Spirited Away. Merangkul anugerah filem anime terbaik di Oscars 2003, Spirited Away berkisahkan seorang budak perempuan 10 tahun Chihiro dan ibu bapanya secara tidak sengaja memasuki tanah ajaib di dalam kerata mereka. Ibu bapa Chihiro berubah menjadi khinzir, meninggalkannya mengembara dalam dunia yang diperintah oleh para dewa, penyihir dan roh, malah manusia diubah menjadi binatang.
#3 The Girl Who Leapt Through Time (2006)
Tak tahu pada anda tapi penulis sukakan kisah anime ini selepas Your Name. The Girl Who Leapt Through Time adalah kisah seorang gadis yang mempunyai keupayaan merentasi masa dan menggunakan kemampuan tersebut untuk menyelesaikan masalah. Berdasarkan novel nukilan Yasutaka Tsutsui, ternyata setiap scene tidak pernah gagal membangkitkan emosi si penonton.
#4 Into the Forest of Fireflies’ Light (2011)
Filem ini mempunyai cerita yang sedih dan romantis tapi masih menghiburkan. Kisahnya, setiap musim panas, seorang budak perempuan bernama Hotaru kembali ke desa untuk lawatan musim panas. Pada suatu hari, dia diselamatkan oleh makhluk bernama Gin apabila tersesat di dalam hutan. Kedua-dua mereka menjadi kawan, walaupun makhluk mendedahkan bahawa dia akan hilang jauh tetapi ternyata hubungan mereka berkembang sehingga Hotaru meningkat remaja.
#5 5 Centimeters Per Second (2007)
Walaupun adakalanya jalan cerita agak perlahan tapi jika kamu sukakan kisah cinta, silalah tonton 5 Centimeters Per Second. Takaki dan Akari merupakan kawan sekelas sejak di bangku sekolah rendah lagi dan menjadi sahabat baik. Badai mula melanda apabila Akari berpindah ke tempat lain disebabkan kerja ibu bapanya. Kedua-dua mereka berjuang untuk mengekalkan persahabatan melalui surat tetapi sayangnya jarak dan masa mula memisahkan mereka.
I Want to Eat Your Pancreas
Bakal ditayangkan di Malaysia pada 24 Januari 2019, I Want to Eat Your Pancreas sama sekali bukan menceritakan kisah zombi atau karnivor yang memakan manusia. Tapi filem ini adalah kisah percintaan antara pelajar sekolah menengah berdasarkan novel Jepun dari judul yang sama, yang diangkat menjadi live-action pada tahun 2017.
Baru minggu sudah, penulis menonton anime ini. Secara keseluruhannya, I Want to Eat Your Pancreas masih mengekalkan cara standard pembikinan anime Jepun cumanya jalan cerita lebih moden. Yang keliru apabila si watak utama menghidap penyakit kronik pankreas tetapi cara mati pula adalah sebaliknya. Agak terkejut kenapa fokus awal lari dari yang sepatutnya, bahkan sedikit kelam-kabut. Penulis mampu beri 3 bintang sahaja untuk anime ini dan tidak terfikir mahu mengulangi tayangan. Sorry….
Asyik layan animasi Hollywood, sesekali cuba tonton anime Jepun pula. Serius lagi best rasanya…
Selamat Menonton!