Tahun lalu, jenama kosmetik Fenty Beauty yang diasaskan oleh Rihanna menjadi viral gara-gara tampil dengan pelbagai warna bedak asas termasuklah dari warna yang paling cerah hingga ke warna yang paling gelap, istimewa untuk memenuhi keperluan wanita yang memiliki tona kulit unik.
Terkini, bagi membuka tirai tahun 2019, Fenty Beauty komited melancarkan 50 pilihan warna concealer untuk menutup cela dan parut di wajah secara tepat mengikut kesesuaian warna kulit si pemakai!
New year, new #FENTYBEAUTY!! We're dropping 50 creamy, longwear #PROFILTRCONCEALER shades, 8 shades of #PROFILTRSETTINGPOWDER with NO FLASHBACK, and 10 MORE #PROFILTRFOUNDATION shades in different ranges! We're also coming thru with brushes and sponges to match 😏
Who's ready?? pic.twitter.com/U30ZiMvXMG— Fenty Beauty (@fentybeauty) January 1, 2019
Mahu bersifat universal, concealer yang dipanggil Pro Filt’r Concealer oleh fenty Beauty ini dipercayai mampu bertahan lama pada permukaan kulit kerana ia berasaskan formula cecair jenis krim bahkan tidak mudah bercapuk mengikut kedutan wajah.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke akaun Instagram Fenty Beauty, Rihanna sendiri memperkenalkan inovasi baharunya itu untuk melengkapkan keperluan harain wanita agar kekal cantik dan bebas dari segala cela yang lazimnya merosakkan keyakinan individu.
Menurut Rihanna, dengan formula cecair jenis krim ini, ia akan lekas mengering pada permukaan wajah seterusnya melekat lebih lama pada pori kulit. Untuk itu, pengguna tak perlu gusar kalau-kalau ianya akan pudar atau mencacatkan solekan kerana ia tak akan mencair atau pudar, biarpun terkena peluh.
Tonton Tutorial Rihanna Guna Pro Filt’r Concealer
Bila ia akan dilancarkan? Buat masa ini Rihanna belum mendedahkan tarikh pemasaran Pro Filt’r Concealer namun, Sephora Malaysia selaku pengedar utama rangkaian kosmetik Fenty Beauty di negara kita pasti akan mengumumkan khabar gembira itu tidak lama lagi! Sabar ya semua…