Kita sedia maklum, rata-rata selebriti Thailand miliki kecantikan semulajadi. Walaupun tanpa mekap mereka masih terlihat anggun berseri. Di samping menggunakan petua tradisional nenek moyang, ternyata topeng muka yang satu ini turut ada dalam rejim kecantikan harian.
Perkenalkan Masker Anjeri!
Hari ini, rahsia terbongkar apabila Masker Anjeri debut di Malaysia. Dicipta oleh pengasasnya, Thanadon Yingsiriworakun dari Rayanskin International Co. Ltd., jenama masker untuk penjagaan kecantikan berpangkalan di Thailand ini, menjadi ikutan dalam kalangan selebriti di Thailand dan Asia Tenggara, termasuk China.
Siri masker Anjeri yang bakal memasuki pasaran Malaysia ialah Anjeri Gold Facial Mask, Anjeri Silver Facial Mask, Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask.
Apa Yang Menarik?
Anjeri Gold Facial dan Anjeri Silver Facial Mask dihasilkan 100% dari sutera semulajadi, dengan komposisi dan strukturnya menyamai kulit manusia. Kelebihannya sutera kurang menimbulkan iritasi, alahan dan kegatalan pada kulit.
Untuk Anjeri Gold Facial Mask miliki kandungan sumber anti-penuaan dan pencerah dari bahan seperti ekstrak Centella Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum, ekstrak akar Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis, ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria) dan ekstrak bunga Rose Rugosa.
Manakala, Anjeri Silver Facial Mask diperkayakan dengan ekstrak Centella Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum, ekstrak akar Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis, ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), ekstrak bunga Rosa Rugosa, Pentapeptide-1, Hexapeptide-1, Oligopeptide-1, Ascorbic Acid, ekstrak daun Aloe Barbadensis dan Betaine.
Anjeri Gold Sleeping Mask mengandungi emas 24k yang diyakini mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit untuk menghalang tanda-tanda penuaan.
Anjeri Silver Sleeping Mask mengandungi ekstrak buah Cornus Officinalis untuk kulit yang licin. Ia mengandungi bahan-bahan anti-oksidan dan anti-bakteria, selain membantu membuatkan kulit tampak lembut, lembab dan berseri.
Nak miliki rangakain Masker Anjeri, boleh didapati di www.anjeri.com.my.