Bagi seorang wanita, rambut adalah antara aset paling berharga yang sering dititik-beratkan penjagaannya. Maklumlah, kalau rambut rosak siapa nak jawab kan?
Bukan senang dan sekejap nak menunggu rambut tumbuh panjang. Lebih-lebih lagi buat individu yang mempunyai masalah rambut gugur dan kurang subur tu.
Walaupun begitu, tahukah kamu sebenarnya banyak petua menarik yang boleh dipraktikan seperti petua penjagaan rambut pelik milik si aktres jelita Blake Lively?
Kongsi Petua Jaga Rambut Guna Mayonis!
Siapa sangka, di sebalik kecantikan rambut berombak miliknya itu, rupa-rupannya Blake Lively cuma menggunakan bahan masakan yang rata-ratanya kita simpan di dalam petu ais.
Dalam sebuah temu bual bersama dengan wartawan kecantikan, Blake menyatakan petua itu diturunkan sendiri oleh ibunya agar tekstur rambut kekal sihat bahkan terhindar dari segala masalah seperti kekeringan, kekusutan serta rambut bercabang.
Tiru Cara Blake Lively Guna Mayonis
Sebelum mencuci rambut, sapukan mayonis pasa hujung rambut (separuh rambut ke bawah). Pastikan sapuan rata pada keseluruhan bahagian bawah rambut dan amalkannya seperti masker rambut. Biar beberapa ketika sebelum membilas dan mencucinya dengan syampu seperti biasa. Jangan risau kerana mayonis yang melekat pada rambut mudah hilang dan ditanggal bersih.
Tujuan sapuan mayonis tadi adalah untuk memastikan syampu tidak menarik kesemua lembapan serta minyak asli yang ada pada hujung helaian rambut sehingga membuatkan ianya kering mahupun bercabang saat rambut dicuci.
Tonton Pengakuan Vlogger Cuba Basuh Rambut Guna Mayonis
Terdahulu, model dari England dan aktres cantik yang pernah membintangi filem Insurgent iaitu Suki Waterhouse berkongsi cerita bahawa dia menggunakan petua mencuci rambut menggunakan Coca-Cola untuk rambut kekal cantik dan terlihat tebal -agar sesuai untuk digaya sebagai “messy hair”.
BACA: Apa Jadi Bila Cuci Rambut Dengan Coca-Cola?
Selamat mencuba! ❤