Seperti yang kita tahu method mencuci menggunakan cleansing oil kini telah diguna ramai. Lebih lagi pada mereka yang sentiasa bermekap tebal. Cleansing oil juga boleh digunakan dalam teknik double cleanse yang diperkenal oleh gadis Korea. Baca: Kulit Mulus Dan Bersih Wanita Korea Hasil Teknik Cuci Muka Double Cleansing.
Isu menanggal mekap pada pendapat penulis sangat penting terutamanya pada bahagian mata dan pori-pori kulit. Jika tidak dibersihkan dengan baik berkemunginan boleh berlaku jangkitan bakteria yang meninggalkan kesan sensitif pada kulit. Akhirnya ada pula menyalahkan produk mekap, walhalnya silap ketika mencuci mekap.
Bagi anda yang masih mencari-cari cleansing oil yang dapat menanggal kesan mekap degil. Penulis kongsikan 7 produk cleansing oil yang terjamin dan menjadi kegemaran sahabat dan penulis sendiri!
#1 Banila.co – Clean It Zero
Didatangi dalam bentuk krim yang sama seperti cleansing oil hanya perlu diurut lembut pada wajah sehingga mekap tanggal. Dari krim lembut ia perlahan-lahan akan menjadi minyak penanggal. Clean It Zero antara cleansing balm paling popular dalam K-beauty! Anda boleh memilih balm mengikut kesesuaian kulit anda.
Info: Cleansing Balm VS Cleansing Oil: Mana Lagi Berkesan Tanggal Mekap Tebal?
#2 Pixi Double Cleanse
Kalau anda tak mahu beli produk double cleanse secara berasingan? Dapatkan sahaja Pixi Double Cleanse yang siap sedia dengan solid cleansing oil dan cleansing cream. Ia menanggal apa jua kesan mekap dan paling penting produk Pixi menggunakan bahan formulasi semulajadi.
#3 Hada Labo Cleansing Oil
Menggunakan formulasi dari minyak zaitun yang diyakini mampu menanggal maskara kalis air dan tidak memberi iritasi pada bahagian kulit halus. Cleansing Oil dari Hada Labo juga kaya dengan hyaluronic acid bagi mengekalkan hidrasi kulit.
#4 Glo Skin Beauty
Mencuci bersih mekap tanpa meninggalkan kulit rasa berminyak. Bukan itu sahaja kulit dirawat menjadi lebih sihat kerana bahan dari produk Glo dihasilkan dari bahan minyak semulajadi seperti lavender, bunga matahari, anggur dan jojoba.
#5 Bobbi Brown Soothing Cleansing Oil
Katanya seperti mendapat rawatan spa bila mencuci guna produk yang ini. Ia diadun khas dengan ekstra bunga jasmin dan minyak botani supaya dapat menanggalkan mekap tanpa menganggu keseimbangan pH kulit. Selepas penggunaan kulit ternyata lebih bersih, lembut dan selesa sepanjang hari.
#6 The Body Shop Camomile Silky Cleansing Oil
Favourite penulis! Wangian cleansing oil ini memang menenangkan dan pastinya sangat mudah menanggalkan segala kotoran mekap. Kulit terasa segar dan lembut selepas cucian.
Bagi penulis, cleansing oil yang benar-benar bagus bila ia dapat menanggal segala kesan maskara kalis air!