Percayalah setiap kali selesema memang cukup menyeksakan, dengan hidung tersumbat, berair malah tekak terasa tidak selesa.
Selain mengamalkan minum air putih, apa lagi cara yang boleh diguna pakai untuk merawat masalah hidung tersumbat dan berair. Bahkan jika lakukan secara perlaban, nescaya akan beransur pulih..
Teh Panas
Minum teh panas boleh melegakan hidung tersumbat dan berair, malah melegakan tubuh. Teh panas terutamanya teh hijau kaya dengan flavonoid sebagai bahan anti-radang dan meningkatkan imuniti.
Vitamin C
Vitamin C membantu meningkatkan dan menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Selain buah-buahan masam yang boleh melegakan tekak, pengambilan vitamin C boleh digtntikan dengan suplemen atau pil.
Madu
Madu adalah ubat terbaik untuk menangani hidung tersumbat dan berair dari selesema dan batuk kerana ia mengandungi sifat antibakteria dan anti-radang. Cairkan dengan air suam dan minuman pada waktu pagi dan petang.
Blueberi
Blueberi mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dalam vitamin C, dan ianya sangat baik untuk menghilangkan masalah hidung tersumbat.
Bawang
Bawang mempunyai ciri-ciri antibakteria yang sangat baik terhadap virus selesema dan melegakan hidung tersumbat dan berair. Boleh dimakan mentah atau digunakan sebagai rempah sebagai sup.
Selamat Beramal!