Mekap baru masuk pasaran!
W7, jenama solekan yang menawarkan pelbagai produk kosmetik untuk setiap individu muda yang peka fesyen dan ingin mengubah gaya mereka serta-merta.
Dinamakan atas nombor poskod – W7 di West London, jenama kosmetik yang berpangkalan di UK hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dalam formulasi dan inovasi semua produknya untuk membantu pengguna mencipta dan mencapai gaya yang diingini mereka sambil kekal trendy.
Sehingga kini, W7 terdiri daripada lebih daripada 100 produk solekan di pasaran tempatan yang termasuk primer solekan, bedak asas, penyamar, bedak, pemerah pipi, solekan kontur, pembayang mata, celak, maskara, alis, pensel bibir dan gincu; semuanya berharga daripada RM20 ke atas.
Semua produk kosmetik W7 adalah bebas daripada logam berat seperti TBTO (pengawet) dan bahan-bahan berbahaya yang lain. Bahan mentah yang digunakan dalam perumusan semua produk W7 juga mematuhi peraturan yang ketat di seluruh dunia (Amerika Syarikat, Kanada, EU, Jepun & Asia). W7 tidak menyokong ujian haiwan dan tidak pernah menguji mana-mana produknya pada haiwan.
Produk ini boleh didapati secara eksklusif di farmasi-farmasi Guardian terpilih di seluruh negara.