Bukan lagi alat bantuan melihat semata-mata, kaca mata kini diangkat sebagai aksesori mesti ada untuk semua golongan baik lelaki mahupun wanita.
Seiring mengikut trend ikutan fesyen semasa, musim luruh lebih banyak menampilkan rekaan kaca mata yang bukan sahaja unik tetapi ekstra buat yang gemar bergaya sakan seperti diva!
Luxottica yang merupakan syarikat global terkemuka yang menjadi peneraju kepada pembikinan dan pengedaran kaca mata premium kini memperkanalkan rekaan terbaharu berasaskan bingkai sensasi dari jenama-jenama fesyen terkemuka seperti Prada, Coach, Dolce & Gabbana dan banyak lagi yang rata-ratanya mengetengahkan perincian bingkai eksklusif serta variasi bentuk lensa gergasi khas buat wanita berjiwa feminin dan classy.
Sebelum mengenakan kaca mata, ada baiknya kamu ambil tahu 6 syarat ini dahulu agar kelihatan manis senantiasa biarpun berkaca mata saban hari.
#1 Pakai Anting-Anting Kecil
Jika sudah menggayakan kaca mata baik kaca mata yang rekaannya sarat mahupun ringkas, cukuplah sekadar memadankan ia dengan anting-anting atau sepasang subang yang bersaiz mini. Ini supaya penampilan nampak stabil (tidak keterlaluan).
#2 Samakan Warna Aksesori Dengan Kaca Mata
Pemadanan aksesori dengan warna kaca mata itu bergantung antara satu sama lain. Jika kaca mata berwarna hitam, kamu bebas bergaya dengan pelbagai warna aksesori. tetapi jika bingkai atau lensa kamu berwarna menonjol seperti merah atau kuning contohnya, cukup sekadar aksesori berasaskan rona emas manakala… aksesori rona perak boleh digayakan dengan warna-warna sejuk.
#3 Tak Perlu Celak & Pembayang Mata
Apabila bahagian mata sudah sarat dengan kaca mata, tak perlu lagi solekan mata yang dramatik. Elak pemakaian celak eyeliner mahupun solekan pembayang mata. No no!
#4 Guna Concealer Yang Betul
Berhenti gunakan concealer yang berasaskan krim bila mahu berkaca mata kerana takut nanti solekan di bahagian sekitar mata dan hidung jadi bercapuk. Guna concealer berasaskan cecair kerana mudah melekat dan tahan lebih lama pada kulit.
#5 Sapu Masakara Pada Akar Bulu Mata Sahaja
Untuk mengelakkan bulu mata berlaga dengan lensa semasa mata berkelip, sapu masakara pada bahagian akar bulu mata sahaja. Cara ini akan melancarkan pergerakan kelopak mata seterusnya tidak mengganggu keselesaan kamu sepanjang hari.
#6 Pakai Gincu Rona Menonjol
Disebabkan bahagian atas muka sudah terlalu kosong tanpa selekan mata, kamu dibenarkan untuk mengoles warna gincu yang sedikit menonjol seperyi merah, merah hati, jingga atau merah jambu agar penampilan nampak lebih bergaya dan terlihat manis menyerlah!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [luxottica.com]