Kalau mampu tak salah berhabis untuk kepuasan dan kehendak sendiri.
Bagi sebahagian besar daripada kita, penerbangan bukanlah satu pengalaman yang meyeronokkan melainkan anda pertama kali terbang. Kenapa Wanista berkata begitu?
Kita harus berurusan dengan bayi yang asyik menangis dari mula terbang sehingga mendarat, orang berpotensi mengganggu privasi, tempat duduk tidak selesa dan adakalannya makanan juga mempengaruhi. Tetapi bagi mereka yang miliki bajet besar beruntung boleh menghabiskan ribuan ringgit pada tiket kelas pertama, lantas menjadikan ia pengalaman yang cukup menenangkan.
Skytrax, sebuah laman web penerbangan menyenaraikan 10 kabin kelas pertama paling mewah di dunia yang miliki keistimewaan tersendiri khusus untuk penerbangan selama 15 jam.
Qantas Airways
Qantas Airways adalah syarikat penerbangan terbesar di Australia.
Ia telah wujud sejak tahun 1920. Kabin kelas pertama dilengkapi dengan bantal, selimut dan tilam dari kulit lembu. Selain itu, anda akan menerima sepasang fon kepala yang kalis bunyi, pajama, produk penjagaan diri, dental kit, ear plug, deodoran dan topeng muka.
Japan Airlines
Japan Airlines menjadi syarikat penerbangan nasional Jepun pada tahun 1953.
Kabin kelas pertama dengan lebih banyak kemudahan seperti baju tidur, minyak wangi, balsem bibir, topeng muka dan banyak lagi. Untuk hiburan pula, anda boleh memilih banyak permainan, muzik, filem, dan rancangan TV, semua pada skrin 23-inci peribadi.
Qatar Airways
Qatar Airways adalah sebuah syarikat milik negara. Sering dilabel salah satu syarikat penerbangan terbaik di dunia.
Tempat duduk kelas pertama di Qatar Airway boleh bertukar menjadi katil penuh. Kit hiburan disertakan dengan wifi dan lebih daripada 4,000 pilihan. Anda juga menerima sepasang pajama.
Cathay Pacific Airways
Cathay Pacific Airways telah wujud sejak tahun 1946.
Menariknya untuk kelas pertama, tempat duduk Cathay Pacific juga boleh beroperasi sebagai kerusi urut, tempat tidur rata, dilengkapi selimut kapas lembut, bantal dan kusyen empuk.
All Nippon Airlines (ANA)
All Nippon Airlines adalah syarikat penerbangan terbesar di Jepun.
Kerusi kelas pertama dipanggil First Square, dan dilengkapi dengan skrin LCD 23 inci, ruang untuk jaket dan kasut anda, telefon satelit peribadi, dan privasi penuh dengan pintu.
Singapore Airlines
Singapore Airlines menduduki ranking syarikat penerbangan terbaik dunia pada tahun 2018 oleh Skytrax. Ia adalah satu-satunya syarikat penerbangan dengan pilihan katil duo.
Mewah kerana hidangan makanan yang disediakan oleh lapan orang chef bertaraf dunia penerima bintang Michelin dan salah satunya hakim “MasterChef Italia”. Kabin dilengkapi dengan suite kayu yang direka oleh pereka kapal layar mewah Perancis Jean-Jacques Coste.
Air France
Air France telah beroperasi sejak tahun 1933. Pilihan kelas pertama mereka dipanggil La Première.
Tempat duduk La Première diubah menjadi katil sepanjang 6.5 kaki dengan tilam busa memori. Selain makanan Perancis bertaraf dunia yang dibawa ke tempat duduk anda, penumpang La Première mempunyai bar dan bufet mereka sendiri.
Lufthansa
Ditubuhkan pada tahun 1955, adalah syarikat penerbangan terbesar Jerman.
Penumpang kelas pertama mempunyai akses kepada pembantu peribadi (butler) yang akan menemani mereka melalui tuntutan keselamatan dan bagasi, serta memaklumkan kepada mereka tentang penerbangan. Tempat duduk kelas pertama Lufthansa boleh diubah menjadi katil yang sama rata, dan dilengkapi selimut dengan suhu yang dikawal selia.
Emirates
Tiket kelas pertama di Emirates, sebuah syarikat penerbangan di Dubai, memberikan anda akses ke bar yang menyajikan minuman keras seperti Dom Pérignon Champagne.
Penumpang juga mendapatkan beg basahan yang dipenuhi dengan barang seperti pencukur, deodoran, dan wangian Bvlgari. Sudah tentu kerusi anda boleh bertukar menjadi katil.
Etihad
Etihad Airways adalah syarikat penerbangan kedua terbesar di Emiriah Arab Bersatu, dan mempunyai beberapa pilihan yang berbeza untuk terbang kelas pertama. Salah satunya “The Residence” sebuah suite tiga bilik.
Disediakan ruang tamu dengan sofa kulit, dua meja makan dan skrin rata 32-inci. Bilik tidur mempunyai katil duo dengan skrin rata 27-inci yang lain. Dan bilik ketiga adalah bilik mandi, yang mempunyai pancuran mandian penuh, serta jubah mandi dan pengering rambut.
Penulis pelik tengok orang yang boleh tidur nyenyak siap berdengkur atas kapal terbang. Apa tips ye?