Kalau anda kenal bapanya Shah Rukh Khan pasti anda tahu tentang kelibat anak perempuannya Suhana Khan yang sentiasa menjadi perhatian peminat dan media.
Walaupun Suhana sentiasa dilihat seperti dipuja ramai kini timbul rasa ketidakpuasan hati terhadapnya apabila Vogue India memilih dia sebagai wajah muka hadapan majalah fesyen terkemuka tersebut.
Siapa dia? Kenapa dia? Layakkah dia?
Umpama tidak menyempat menunggu Suhana menjadi selebriti, Vogue India sudahnya dilihat seperti kering idea. Perkongsian temu bual Suhana dengan majalah ini juga berkenaan kehidupan dia sebagai anak kepada superstar, hubungan anak dan bapa serta harapannya tentang masa depan.
Tahukah anda, Suhana Khan langsung tidak mempunyai mana-mana akaun media sosial. Jadi untuk mengelarkan dia sebagai social media influencer juga tidak layak.
Haters menghentam Suhana menggunakan kesempatannya sebagai anak Shah Rukh Khan bagi mendapat spotlight.
Malah ada yang membandingkan karier Suhana dengan anak model terkenal Cindy Crawford iaitu Kaia Gerber. Model berusia 16 tahun dianggap bekerja keras berjalan sebagai model namun masih tidak layak menghiasi majalah Vogue America.
https://twitter.com/nayoxx/status/1024578950998253569
Kaia has walked CHANEL by karl
Kaia still doesn’t have an american vogue cover
Kaia is 16
Suhana is 18
Suhana is on the cover of VOGUE india
Is it a joke ? pic.twitter.com/h8eTDUX62N— . (@DeepikasPR) July 31, 2018
Akibat terima terlalu banyak komen negatif, Vogue India memutuskan untuk menutup ruang komen akaun Instagram. Sampai macam tu sekali..
Apa pendapat anda tentang isu ini? Layak ke Suhana Khan yang tidak mempunyai apa-apa komitmen dalam dunia Bollywood diberi ruang besar seperti majalah Vogue.