Baru sahaja mendirikan rumah tangga, semestinya ingin memiliki kediaman sendiri tetapi melihatkan zaman sekarang, kalau nak beli rumah belum tentu mampu walaupun untuk rumah pertama.
Dengan harga yang semakin melonjak naik dengan kos sara hidup yang juga semakin meningkat, membantutkan hasrat ramai dalam kalangan kita untuk memiliki rumah sendiri. Bagi pasangan yang baru memulakan kehidupan berdua sudah pasti menginginkan rumah sendiri yang mampu memberikan lebih privasi dan keselesaan, disamping kehidupan yang lebih terjamin.
Tidak perlulah rumah sebesar banglo mewah, asalkan ianya selesa buat anda dan pasangan, ia sudah memadai. Namun, untuk memiliki rumah sendiri bukanlah hal semudah membeli makanan di kedai. Ia melibatkan sejumlah wang yang besar dan juga komitmen bayaran ansuran yang berpanjangan. Banyak perkara yang perlu diteliti sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah idaman, agar kelak tidak dihimpit dengan masalah kewangan yang boleh memudaratkan sesuatu hubungan.
Ikuti tip berguna untuk membeli rumah idaman dan siapa sangka anda mungkin jumpa mana yang berkenan..
Tanya Pada Diri Sendiri Dan Pasangan
Yang pertama, pastikan anda bertanya soalan ini satu sama lain. Sudah bersedia atau tidak? Anda dan pasangan mesti menentukan matlamat sebelum membeli rumah. Sebagai contoh, jika anda merancang ingin membeli rumah, cuba tetapkan jumlah simpanan yang anda mampu simpan. Tetapkan juga berapa lama anda ingin menyimpan. Tidak salah berjimat, kerana anda juga yang akan merasai keselesaannya di kemudian hari.
Lihat Pendapatan
Sebelum anda bermimpi ingin miliki rumah sendiri, pastikan anda sudah miliki pendapatan tetap setiap bulan. Semak aliran keluar masuk kewangan anda berdua. Adakah anda masih mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat simpanan? Jika anda tidak berjimat, berapa banyak yang anda habis untuk setiap bulan. Jika tidak, cari pekerjaan yang lebih stabil dan terjamin dari sudut kewangan terlebih dahulu.
“Jika anda tidak tahu wang disalurkan ke mana, mustahil untuk menyusun apa-apa rancangan untuk mencapai matlamat anda.”
Meridin Bayvue berlokasi di Sierra Perdana, Johor yang ansurannya bermula dari RM1,771 mungkin boleh disemak untuk pasangan yang baru sahaja berkahwin. Pangsapuri Servis serba lengkap dengan pelbagai kemudahan runcit, lokasi strategik, berdekatan dengan CIQ & Singapura serta banyak lagi. Perlu katakan apa lagi?
Buat Kajian
Nak beli rumah, maka kenalah cari rumah yang nak dibeli. Pastikan rumah yang anda nak beli tersebut memenuhi spesifikasi yang anda idamkan dan objektif yang diingini. Untuk dapatkan rumah terbaik, kenal pasti ciri-ciri seperti harga rumah, jenis rumah, jenis geran, pelan rumah, kelengkapan, lokasi, kemudahan, komuniti serta pelbagai lagi.
Bagaimana nak cari rumah yang sesuai untuk dibeli?
Anda boleh melawat ke ekspo-ekspo hartanah atau bertanya kepada syarikat-syarikat pemaju perumahan sama ada mereka mempunyai projek perumahan yang sesuai untuk anda. Oleh kerana kebanyakan harga rumah zaman sekarang adalah harga mampu tengok, maka agak mustahil untuk orang biasa beli rumah secara tunai. Oleh itu, kemudahan pembiayaan pinjaman perumahan melalui bank atau agensi menjadi keperluan bagi mereka yang ingin dapatkan rumah impian.
Jika mempunyai kewangan lebih, kediaman selesa di Meridin East, Pasir Gudang yang ansurannya hanya bermula dari RM1,726. Terletak di kawasan strategik di Gerbang Timur Iskandar Malaysia, Meridin East adalah sebuah komuniti taman tasik berjajar 1,313 ekar yang diberkati dengan ruang aktiviti luaran yang luas. Dihubungkan dengan lebuh raya moden, penghuni di sini boleh menikmati akses ke Johor Bahru dan mercu tanda utama lain.
Sebagai contoh dengan kepesatan hub gaya hidup serba moden dan kemudahan MRT, pangsapuri servis D’Sara Sentral di Sungai Buloh adalah yang terbaik setakat ini. Hanya 296m ke stesen MRT melalui laluan kaki berlindung. Berdekatan dengan universiti dan kolej, akses mudah ke dan dari jalan utama serta lebuh raya.
Masa Depan
Anda tidak akan hidup berdua selamanya, dalam masa beberapa tahun siapa sangka anda mungkin akan mempunyai anak. Oleh itu, masa beli rumah pastikan rumah yang dibeli sesuai untuk didiami sekeluarga. Bilik yang cukup untuk anda dan pasangan serta bilik anak dan ruang yang selesa untuk berkumpul bersama.
Boleh lihat contoh kediaman M Residence 2, yang berlokasi di Rawang. Sebuah komuniti penuh kediaman dengan rumah-rumah bersambung dua tingkat dan rumah berkembar eksklusif. Ia adalah lokasi rumah bertanah baru yang terdekat dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Bahkan akses mudah ke dan dari lebuh raya.
Tapi jika anda dan pasangan lebih berminat pada kediaman jenis pangsapuri servis, Savanna Executive Suites terletak di Southville City, Selangor mungkin yang terbaik. Ansuran bulanan daripada RM2,282 sahaja, sesuai untuk pasangan yang baru berumahtangga.
Savanna Executive Suites adalah komponen kediaman berstrata yang pertama di bandar satelit dengan akses mudah. Dilengkapi dengan teknologi pengawasan terkini yang memastikan premis selamat sepanjang masa dan beberapa kemudahan terbaik untuk semua peringkat umur, kediaman yang luas ini merupakan pelaburan yang ideal untuk keluarga anda.
Bila semuanya sudah lengkap, pastikan anda kunjungi projek hartanah yang sedia ada untuk melihat dan memeriksa unit pilihan anda sebelum membuat keputusan. Dengan itu, Mah Sing ada menyediakan pilihan terbaharu unit kediaman yang lengkap dan sedia untuk didiami. Layari mahsing.com.my/desire untuk maklumat lanjut.
Happy Shopping! ❤