Sudah enam tahun sejak filem Twilight dikeluarkan, dan kini sudah tiba masanya Kristen Stewart bergabung dalam satu lagi filem blockbuster Hollywood yang besar. Walaupun beberapa filem dan projek yang dia lakonkan sejak 2012 tidak dukacita, tetapi belum ada lakonannya yang memberi kesan dan inspirasi kepada peminat seperti wataknya sebagai Bella Swan dalam Twilight.
Kini, aktres cantik ini akan membintangi filem Charlie’s Angels versi baru, yang menjadi perbualan hangat di media sosial sejak dilaporkan.
Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang berita watak yang akan dipegang oleh Kristen, tetapi laporan baru menunjukkan Naomi Scott (yang akan memainkan watak Jasmine dalam filem Aladdin) dan pendatang baru Ella Balinska akan turut serta dalam produksi ini.
Charlie’s Angels berkisarkan tentang tiga wanita yang merupakan penyiasat persendirian bersama bos misteri mereka bernama Charlie dalam menjejaki kes jenayah.
Reboot akan diarahkan oleh aktres Elizabeth Banks, yang terkenal menerusi The Hunger Games dan Pitch Perfect.
Charlie’s Angels yang baru dikeluarkan pada September 2019.