Dah nama pun majlis kahwin, mestilah serba-serbi cantik sempurna. Lagi-lagi yang pengantin perempuan, mesti nak sempurna from head to toe – busana terletak elok di badan, mekap berseri, yang berhijab tampak kemas, bahkan pemilihan kasut tumit tinggi juga biar yang selesa. Tapi pernah tak lihat si pengantin mengenakan sandal biasa, jenis sandal jalan?
Anak perempuan ketua editor tersohor Vogue Anna Wintour, Bee Shaffer tidak asing dengan dunia fesyen. Mukanya sentiasa dibarisi tempat duduk hadapan untuk minggu fesyen. Berlangsung awal bulan di Portofino, Itali, wedding wanita cantik ini menjadi perbualan di kalangan peminat dan penggiat fesyen. Kenapa agaknya ye?
Mengambil tema Bohemian, Shaffer selesa memakai dress krim potongan minimalis bersama vale dan kasual dengan sandal sahaja dan mekapnya juga “no make-up look”, cukup simple untuk It Girls.
Agak terkejut dengan pemilihan kasutnya yang agak kasual untuk majlis besar. Strappy sandal itu kelihatan seperti sandal biasa yang selalu kita pakai, bahkan tidak bertumit, suatu pemilihan yang langsung tidak dijangka. Tidak ada sepatu pengantin dari fabrik satin dan rona putih/krim.
Korang rasa macam mana? Cantik tak? Pada penulis kalau couple dah elok, apa sahaja pun nampak eloklah.
RUJUKAN