Bikini adalah pakaian mandi yang biasanya hanya melindungi beberapa bahagian tertentu tubuh wanita termasuklah bahagian punggung dan kemaluan serta bahagian dada untuk menutup mahkota kaum hawa. Namun lain pula fesyen yang diketengahkan seorang pereka ini apabila memperkanlkan koleksi pakaian mandi yang berasaskan pita pelakat.
Apabila dilihat sekali imbas memang cantik namun jika diperhatikan mengikut waras akal, bikini ini kelihatan seolah mencabul kehormatan wanita kerana terlalu mencolok mata dan hampir tidak menutup bahagian kemaluan secara rapi pun.
Dipanggil “Black Tape Project”, kesemua koleksi pakaian mandi eksentrik itu dipersembahkan pada Miami Swim Week baru-baru ini dan ternyata, ia mengundang fenomena sekaligus menjadi viral dalam kalangan warga internet yang turut bersetuju dengan pendapat bahawa bikini yang direka Joel Alvarez itu agak tidak masuk akal. “Mana mungkin wanita terjun ke dalam kolam untuk mandi-manda sambil badan dipenuhi pita pelekat semata?”.
Menurut pereka itu, beliau memang sengaja menampilkan rekaan seumpamanya berdasarkan imaginasi namun, dalam masa yang sama menyarankan supaya tiada mana-mana wanita yang cuba memakainya kerana bikini pita pelekat sememangnya tidak relevan untuk dipakai secara efektif kerana takut ianya tidak tahan lasak.
Kata Joel lagi untuk satu rekaan, beliau akan mengambil masa beberapa jam untuk menampal setiap satu bahagian pelekat dengan berhati-hati. Ini bagi memastikan perinciannya tepat dan stabil pada kedua-dua belah sisi.