Sebelum ini hangat di media sosial apabila youtuber popular dari Korea Selatan, Yang Ye Won mendedahkan dia merupakan mangsa serangan seksual oleh 20 orang lelaki dan gambar bogel.
Baca: Diserang Secara Seksual Oleh 20 Lelaki, Youtuber Cantik Hampir Bunuh Diri
Kini, seorang jurugambar yang terlibat dalam skandal tersebut ditemui mati bunuh diri, sekaligus meninggalkan kes ini dengan lebih banyak persoalan yang tidak terjawab.
Pihak berkuasa mendapati mayat suspek terapung di sungai di wilayah Gyeonggi pada pagi Khamis, dengan nota yang ditemui di dalam keretanya yang mendakwa bahawa siasatan itu tidak adil kepadanya. Suspek juga menuduh polis dan media hanya mendengar satu pihak sahaja.
Menurut Yang dalam satu perbicaraan, jurugambar 42 tahun itu memaksanya memakai pakaian dalam yang jarang dan bergambar seksi, bahkan bocor di media sosial. Dia juga mendakwa bahawa semasa sesi fotografi, 20 jurugambar menyertai dan meraba-raba payudara dan bahagian intimnya.
Kematian jurugambar mungkin membawa kepada penutupan kes tersebut, keadaan ini menyebabkan netizen lantang bersuara menuntut keadilan untuk Yang Ye Won. Skandal ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen Korea malah golongan selebriti seperti Bae Suzy yang turut menyokong petisyen Yang Ye Won.
Baca: Tunjuk Sokongan Pada Mangsa Rogol, Bae Suzy Terima Ugutan Bunuh