Kebetulan atau suratan?
Dalam dunia fesyen atau kreativiti tidak lari daripada kebetulan yang bukan disengajakan. Jenama fesyen terkenal Gucci telah membuatkan ramai netizen Indonesia terpana setelah mengeluarkan satu rekaan jaket hijau hitam yang dikatakan mirip dengan pemandu Gojek.
Gojek adalah sebuah rangkaian teksi motorsikal atas talian yang beroperasi meluas di beberapa wilayah Indonesia. Jadinya mereka cukup popular dengan jaket hijau hitam yang menjadikan ia sebagai lencana rasmi buat pemandu.
Dari segi rekaan sememangnya sama, penulis rasa mana-mana jaket berzip pun akan direka sebegini. Malah warna kombinasi pada jaket Gucci bukanlah seakan sama dengan Gojek. Gucci memilih warna hijau dan biru gelap.
Pada jaket berharga $1,500 itu juga terpampang logo besar Gucci di bahagian kiri dada dan sulaman harimau di belakang jaket.
Dari segi fabrik pula penulis percaya Gucci menggunakan bahan berkualiti tinggi iaitu 55% polister dan 45% kapas.
Kesimpulan jaket Gucci dan Gojek hanya mirip jika sekilas pandang dan hanya mereka yang tertentu sahaja akan perasan. Iyalah bukan semua orang pun tahu tentang rekaan Gucci.