Masih lagi demam Fifa World Cup 2018 yang sedang berlangsung di Rusia, pelbagai kejutan diberikan kepada para peminat sukan bola sepak itu. Paling terbaru, Croatia membenam Argentina dengan 3 – 0, sekaligus membuatkan penyokong yang diketuai oleh pemain handal Lionel Messi menangis.
Tapi bukan itu sahaja yang hangat dalam arena bola sepak, para penyokong lebih-lebih lagi kaum hawa yang membanjiri stadium mencuri tumpuan lensa. Salah satunya ialah wanita ini yang dilabel “peminat paling seksi” oleh peminat bola sepak.
Siapa wanita seksi tersebut?
Natalya Memchinova, 28, yang merupakan rakyat Rusia tular selepas menghadiri perlawanan pembukaan negara itu menentang Arab Saudi baru-baru ini.
Seksi mengenakan jersey rasmi Rusia bersama short pants dengan lenggok manjanya berjaya mencuri tumpuan peminat bola sepak bahkan jurugambar juga. Mungkin kerana keletahnya yang mencuit menyebabkan dia cukup disenangi para jurugambar.
Bila diselidik, wanita manis ini merupakan seorang bintang filem dewasa (pornstar) yang telah muncul dalam banyak filem bertaraf X.
Untuk filem dewasa, dia telah menggunakan banyak nama seperti Natali Nemtchinova, Natalia Andreeva, Delilah G, Danica, Amanda, Asya, dan Annabell.
Sejak itu, kehidupan lain Nemchinova telah didedahkan selepas peminat menyelongkar koleksi gambar, nama, serta penemuan kerjaya hitamnya itu.
Sekarang dunia di hujung jari, taip sahaja nama terus ada info lengkap.. Scary!