Lagi berapa hari nak raya ni, kulit muka korang tu dah cukup bersih dan cantik ke? Kalau belum, Wanista ada jalan penyelesaian yang membolehkan korang menghapus parut dalam masa singkat. Tak perlu pergi buat temu janji dengan spa atau membuat rawatan wajah yang mahal belaka, guna je cecair pengelupasan mikro.
Menurut sumber, proses pengelupasan mikro lazimnya memberi kesan dalam masa dua minggu. Apa yang ia lakukan adalah menghakis lapisan kulit mati untuk mengaktifkan permukaan kulit baru yang ternyata lebih cerah dan bersih.
Penulis pernah cuba! This Works Evening Detox Spray-on Exfoliant, antara cecair pengelupasan mikro yang boleh digunakan setiap malam manakala, Kiehl’s Nightly Refining Micro-Peel Concerntrate juga sering mendapat pujian pengguna kerana berjaya hilangkan parut.
Jika kamu adalah individu yang memiliki masalah kulit berjerawat atau nampak lebam kerana pingmentasi bintik hitam, cara ini adalah paling berkesan untuk mengembalikan keserian wajah.
Di pasaran umpamanya, terdapat pelbagai jenis cecair pengelupasan mikro. Ia adalah cecair campuran bahan kimia yang telah diiktiraf termasuklan asid glikolik atau asid laktik.
Bila Kena Pakai Cecair Pengelupasan Mikro?
Lazimnya disapu pada keseluruhan wajah pada waktu malam, cuma sapuan nipis diperlukan untuk mendatangkan kesan menakjubkan. Sila ikut arahan produk dan pastikan ia disimpan di tempat yang sejuk (suhu bilik) dan tidak terdedah pada cahaya matahari atau suhu panas supaya konsistensi cecair kekal aktif.
Kesan Sampingan Cecair Pengelupasan Mikro
Tak seperti pengelupasan kimia (chemical peeling) yang hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit di klinik, proses pengelupasan mikro ini lebih lembut terhadap kulit. Ia mungkin tidak akan membersihkan permukaan kulit secara sempurna namun berupaya memudarkan parut dan segala cela dalam masa yang paling sekejap iaitu sekitar dua minggu.
Wanista cadangkan, bagi individu yang berkulit cerah, cuba dahulu pada sebahagian kecil kulit untuk melihat tindak balas cecair pengelupasan berkenaan. Ada kalanya ia akan buat kulit yang putih menjadi radang sedikit namun masih tetap selamat digunakan.
Selamat beramal! ❤