Jepun yang kita tahu adalah sebuah negara yang penuh adat dan kepelbagaian budaya bahkan, suasana alam semula jadinya yang cantik pula sekaligus menarik perhatian pelancong untuk ke sana setiap musim bagi merasai sendiri pengalaman yang tiada tandingan itu.
Wanista himpunkan beberapa foto menarik yang memperlihatkan bumi tempat matahari terbit ini adalah seperti negara dari planet lain.
#1 Kereta Api Laju
Merupakan kenderaan awam utama di Jepun, kereta api laju boleh dikatakan ada di semua daerah sekitar Jepun tahu? Apa yang menarik, bentuk-bentuk kereta api laju di Jepun ni unik! Macam inovasi futuristik pun ada.
#2 Maksud ‘Kereta Api’ Jangan Di Salah Erti…
Kedai yang dilabel dengan perkataan “Train” bukanlah kedai menjual tiket kereta api, sebaliknya adalah rumah pelacuran. Jadi, hati-hati.
#3 Pakaian Seragam
Memang sudah dibiasakan dengan pakaian seragam dari kecil. Jangan terkejut jika kasut, beg sekolah malah paras gaun yang dipakai pun sama panjang bagi setiap pelajar! Maklumlah, Jepun sangat mementingkan kekemasan diri.
#4 Seni Mempertahankan Diri
Boleh kata, semua seni mempertahankan diri klasik yang ada di dunia ini adalah berasal dari Jepun. Baik Judo, Karate, Kendo, Kyudo,Yabusame mahupun Aikido, wanita moden juga digalakkan untuk mempelajari ilmu sebegini.
#5 Kawaii
Tanpa segan dan silu, masyarakat mereka tidak hairan untuk menampilkan sikap “kawaii” sambil disertai cara pemakaian yang boleh dikatakan agak kebudak-budakan. Seperti berada dalam alam fantasi, Jepun adalah sebuah negara yang membolehkan sesiapa pun menjadi pelik, mungkin sebagai karakter animasi mahupun patung hidup.
#6 Polis Di Mana-Mana
Kalau melancong di Jepun, tak perlu risau sebab pegawai polis dan balai polis kecil ada di mana-mana. Yup, walaupun di hadapan eskalator untuk mengawal keselamatan senantiasa.
#7 Hari Emas: Hari Semua Orang Wajib Cuti
Disebabkan orang Jepun terlalu komited dengan kerja dan ramai yang tidak mahu mengambil cuti tahunan, ada satu hari di mana semua pejabat dan syarikat akan ditutup dan ia dipanggil “Golden Day”. Itu adalah waktu puncak yang mereka gunakan untuk melancong dan habiskan masa bersama keluarga.
#8 Tandas Automatik
Baik tandas awam atau tandas di rumah, boleh kata rata-ratanya menggunakan tandas automatik. Jadi sebelum ke Jepun, boleh tonton tutorial cara menggunakan tandas automatik ni.
#9 Nak Kaya Jadilah Tukang Rias Rambut
Ramai masyarakat di Jepun berebut untuk menjadi tukar rias rambut kerana gaji yang diperolehi adalah lumayan, setanding dengan kerja-kerja profesional yang lain. Nak masuk salon di Jepun kena pastikan dompet korang berkepuk tau, harga yang dikenakan juga bukan biasa-biasa.
#10 Mesin Makanan & Minuman Merata Tempat!
Syurga makanan! Tiada sesiapa pun bakal kelaparan di Jepun kerana terdapat beratus malah beribu mesin automatik yang menjual pelbagai makanan dan minuman segera. Asalkan ada duit, semua kamu boleh beli.
Jadi, lepas tengok semua ni, siapa yanng teringin hendak ke Jepun?! ❤