Baik lelaki mahupun wanita, kita tidak boleh lari daripada masalah bibir kering merekah.
Untuk pengetahuan semua, hampir setiap hari bibir akan menyalin permukaan kulitnya yang kemudian akan dinyah menerusi penanggalan sel kulit mati.
Selain meminum air secukupnya untuk menyalur kelembapan optimum buat tubuh dan organ terbesar seperti kulit yang menyelaputi tubuh manusia, penggunaan kosmetik alternatif seperti pelembap bibir juga penting, lebih-lebih lagi ketika hendak menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Bertarung dengan cuaca di bumi Malaysia yang tidak menentu, pelembap bibir bagaimanakah berkesan untuk melembutkan kulit bibir serta mengelakkan kekeringan ekstrem? Wanista cadangakan anda dengan Sugar Hydrating Lip Balms ini dariapda jenama Fresh!
Jika sebelum ini kamu sukar mencari pelemobap bibir yang bersesuaian, boleh cuba pelembap bibir yang berasaskan bahan alam semula jadi sebegini kerana ramuannya lebih selamat dan bisa mengelakkan iritasi pada kulit bibir yang sensitif.
Teksturnya sehalus baldu, cuma perlu oleskan nipis pada bahagian permukaan bibir yang bebas dariapda lipstik. Keistimewaan lainnya juga adlaah ia dipaketkan dalam bungkusan balang kaca yang mewah! Terdapat dalam perisa Kelapa, Coklat, Pic, Lemon dan Karamel.
Bagi yang khuatir tentang syarat sah puasa apabila memakai pelembap bibir, ini penjelasannya:-
“Mengenakan pelembab di bibir saat sedang berpuasa tidak akan membatalkan puasa seseorang tersebut. Pelembab bibir tidak membatalkan puasa kecuali pengguna merasakan rasanya,” jelas Dr. Ali Ahmed Mashael, Mufti Besar di Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal, Dubai.
Namun begitu, jika hendak selamat dan mengelakkan perasaan ragu-ragu, kamu dinasihatkan pakai sahajalah pelembap bibir sebelum tidur kerana sedikit sebanyak ia akan bantu melembapkan bibir dengan lebih berkesan (kerana waktu malam adalah waktu bibir rehat sepenuhnya) bahkan manfaatkan juga lip sleeping mask 2 – 3 kali seminggu untuk elak bibir mengelupas sehingga menyebabkan luka berdarah.
Selamat Beramal!