Lembapan air dan kulit umumnya tidak dapat dipisahkan. Tanpa air, bukan fungsi tubuh sahaja terbantut malah, kulit juga bisa jadi kusam, kering dan kelihatan tidak berseri umpama tidak dijaga dengan rapi.
Biarpun sesibuk mana kehidupan seharian kita, ada sahaja produk kecantikan di pasaran tampil dengan inovasi yang mampuu memenuhi keperluan individu moden seperti kita.
Seperti Laneige, rangkaian produk kecantikan yang berasaskan ramuan lembapan asli air ini ada melancarkan koleksi Laneige Water Bank baharu merangkumi Esen, Semburan dan Quick Hydro Pen.
Kelebihan Rangkaian Laneige Water Bank BAHARU
Digabung dengan “Green Mineral Water”, setiap satunya adalah berasaskan khasiat vitamin, zat dan mineral yang diekstrak dari tujuh jenis sayuran bernutrisi tinggi yang dicampur pula dengan manfaat lembapan air asli. Hasilnya, kulit lebih lembap dan mulus berkolagen apabila menggunakan rangkaian produk ini.
Lebih mengujakan teknologi “Green Mineral Water” ini sudah dijana lebih 20 tahun lamanya tahu?!
Paling mengujakan, selain guna semburan, kamu kini boleh pastikan kulit sentiasa sihat di mana jua dengan pelembap dalam bentuk pen seperti Laneige Water Bank Quick Hydro Pen. Bila rasa kulit dah mula tegang dan mengelupas kerana kering, keluarkan Quick Hydro Pen daripada tas tangan dan sapukan pada bahagian kulit yang terjejas. Tiada alasan untuk kulit rosak dan kering lagi lepas ni okay?