Yang pasti nak buat seseorang itu suka pada kita bukanlah perkara yang mudah.
Ada sesetengah daripadanya sudah dapat hidup apabila diri mereka disukai seseorang, namun ada yang sekadar buat tak tahu sahaja, mungkin nak tengok apa tindakan lanjut si dia, malah, ada juga yang sengaja buat-buat tak tahu dek kerana tidak dapat membalas cinta si dia. Mereka ada sebab tersendiri.
Namun, masih ada antara mereka yang tidak sedar yang diri mereka ini disukai seseorang. Si dia mungkin malu untuk berterus terang, mungkin takut cinta mereka ditolak? Atau pelbagai lagi persoalannya.
Jadi, bagaimana kita nak mengetahui si dia suka pada kita? Menurut wanita Korea, 7 isyarat kecil ini boleh memberi peluang untuk membuat mana-mana gadis jatuh cinta, semuanya dipelajari menerusi K-Drama dan nescaya ada yang boleh dipraktikkan.
#1 Beri bunga
Mungkin ada di antara kita yang menganggap cara ini tersangatlah lapuk, tetapi percayalah cara ini memang berkesan.
Tidak perlu sejambak bunga yang mahal, hanya sekuntum sahaja cukup untuk membuatkan wanita tersenyum sepanjang hari.
#2 Ambil gambar dan kongsi dengan si dia
Boleh jadi apa sahaja yang anda berdua telah bincang dan kongsikan bersama.
Cara ini menunjukkan bahawa anda sentiasa memikirkannya dan mendengar setiap kata-katanya dengan teliti. Sebagai contoh jika si dia gemar mengambil gambar pemandangan dan jalanan, anda mungkin boleh mengambil dan bertukar pandangan tentang gambar tersebut.
#3 Puji dengan kata-kata manis “Awak Nampak Cantik Hari Ni”
Kalau berat mulut, mana dia nak tahu perasaan korang tu.
Walaupun simple tetapi pujian yang mudah ini akan membuatkan dia berbunga di dalam hati, daripada monyok terus semanis madu.
#4 Berikan minuman panas di kala cuaca sejuk
Satu lagi cara untuk menunjukkan si dia menyukai anda ialah dengan menawarkan secawan teh atau kopi, lebih-lebih lagi di kala cuaca sejuk.
Gerak isyarat ini dapat menunjukkan betapa anda peduli dengannya malah memori tersebut akan sentiasa dikenangnya.
#5 Surat tulisan tangan
Walaupun sekarang segalanya teknologi tapi tak salah kalau kita berbalik kepada yang tradisional. Duduk dan tulis segala isi hati yang terpendam yang mampu membuatkan si dia tersentuh.
#6 Tatap matanya
Buat dia berasa seperti dialah satu-satunya orang yang anda sayang. Bila ditatap lama, nescaya si dia akan merah padam dan malu, dalam diam berbunga hati.
#7 Ingat apa dia suka dan berikan hadiah kejutan
Surprise… Selama ini anda dengarkan sahaja apa yang diceritanya, tiba-tiba hari ini ada di depan pintu rumah. Pasti dia rasa gembira dan tidak percaya kerana anda mengingati setiap perkara yang dikongsi bersama.
Wahhh nampak macam mudah tapi perasaan canggung membantutkan segalanya. Tak apa, cuba dahulu mana tahu si dia tiba-tiba buka hatinya untuk korang… All The Best!