Definisi cantik semakin berubah mengikut peredaran zaman. Jika pada zaman dahaulu, wanita yang mempunyai tubuh berisi dikaitkan dengan definisi cantik dan kita dapat lihat tidak ada selebriti yang benar-benar kurus. Rasanya hampir semua wanita di industri hiburan memiliki tubuh yang cukup berisi, orang kata tubuh wanita kebanyakan. Mungkin, pada masa itu belum ada pelbagai jenis diet, minuman kesihatan atau detox, dan juga senaman popular seperti masa kini.
Dek peredaran zaman dan pengaruh media massa, kebanyakan wanita kini lebih mengagungkan bentuk tubuh kurus dan langsing yang dianggap cantik pada pandangan semua orang. Selebriti seperti Victoria Beckham dan kebanyakan model di runway adalah contoh mereka yang sering tampil super kurus dan skinny. Biasanya mereka menjalani pelbagai jenis diet agar penampilan rampingnya tetap terjaga.
Namun, seperti yang diperkatakan, definisi cantik kerap berubah-ubah. Kini, semakin ramai wanita tidak segan untuk tampil dengan penampilan sedikit berisi dan berotot! Fenomena ini tergambar melalui dunia hiburan yang menyaksikan selebriti-selebriti wanita dengan bangga mendedahkan susuk tubuh berotot mereka kepada umum.
10 pilihan Wanista ialah:
#1 Gigi Hadid
#2 Adriana Lima
#3 Hyuna
#4 Karlie Kloss
#5 Jennifer Lopez
#6 Kate Hudson
#7 Alessandra Ambrosio
#8 EXID Hani
#9 Soyou
https://www.instagram.com/p/BUOCrQbFTGQ/?hl=en&taken-by=soooo_you
#10 Kendall Jenner
Fenomena ini memberi anggapan bahawa manusia moden masa kini memiliki obsesi dengan otot dan sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang mereka makan.
Penampilan seperti apa pun untuk kelihatan cantik merupakan hak setiap individu. Apa yang penting adalah sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan yang dianugerahkan Tuhan kepada kita.