Sebelum anda berangan nak terbang ke destinasi impian, kena ingat anda kena menempuh satu lagi azab iaitu lapangan terbang.
Disinilah menentukan samada anda layak ke luar negara atau tidak. Percayalah, ada yang takut bila ke lapangan terbang lebih lagi ketika pemeriksaan imigresen. Pengalaman penulis sendiri melihat beberapa kenalan terkandas akibat kesilapan kecil dan kecuaian yang remeh.
Jadi berada di lapangan terbang bukanlah anda masih selamat untuk terbang walaupun sudah membeli tiket. Risikonya masih berlangsung dan mustahak untuk anda sentiasa pastikan semuanya lengkap.
Mari sama-sama kita double check….
#1 Pentingnya boarding pass
Sentiasa pastikan anda punya salinan kedua boarding pass, samada dalam bentuk kertas atau elektronik. Bagi bentuk elektronik, screenshot gambar boarding pass untuk disimpan terus didalam telefon bimbit. Bukan apa, takut jika masalah itulah aplikasi tergendala, tiada internet/wifi atau email tak boleh buka.
#2 Double check pasport
Memang anda dah nampak buku merah tapi itu buku merah milik anda ke? Pernah terjadi pada kenalan penulis, dia tersilap membawa pasport milik anak bukan dia. Gara-gara terlalu yakin dan tidak double check. Akhirnya kena tinggal dengan group travel.
#3 Mana-mana airport pun sama
Ramai yang mula menggelabah bila sampai, ‘eh, kena buat apa yer, check-in dulu atau ke imigresen, mana nak letak bagasi?’. Bertenang. Buat anda yang pertama kali terbang, wajib untuk belajar dan fahamkan turutan proses daftar masuk dan seterusnya.
#4 Tak perlu beratur
Rasanya tak perlu nak penatkan kaki untuk beratur panjang semasa check-in, lagikan pada musim percutian. Cukup anda berehat dimana-mana sudut atau ke restoran dan tunggu pengumuman penerbangan anda dipanggil. Jangan risau, pihak pengurusan akan pastikan penumpang yang akan terbang dahulu untuk daftar masuk.
#5 Set alarm untuk menaiki pesawat
Kadang ada yang mudah tertidur atau leka ketika berada di boarding lounge. Set alarm masa boarding supaya anda tidak terlepas, iyalah kadang kaki suka juga menyerap ke kedai cenderahati dan sebagainya.