BigBang Seungri mungkin baru 20-an tetapi anak muda ini berjaya bergelar usahawan hebat beberapa tahun kebelakangan ini menerusi pembukaan ramen Jepun ‘Aori Ramen’ dan pelbagai perniagaan lain yang diceburinya.
Berita baiknya, beberapa bulan lalu, BigBang maknae (ahli termuda) akan debut Aori Ramen di Malaysia menerusi perkongsian gambar di laman sosial Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/Bbb6_Vrgm_W/?utm_source=ig_embed
Kini disahkan bahawa outlet Aori Ramen pertama di Malaysia akan dibuka di Pavilion Kuala Lumpur. Pada asalnya Aori Ramen dijadualkan pada bulan Februari tetapi tarikh pembukaan telah ditangguh sehingga April 2018.
Aori Ramen terkenal dengan ramen tonkotsu. Ia adalah ramen tradisional Hakata dengan sup berasaskan daging babi yang mempunyai perut babi, telur direbus dan bawang putih yang dihancurkan. Sejak membuka cawangan pertamanya di Cheongdam-dong pada bulan Disember 2016, Aori Ramen telah berkembang sehingga berjaya membuka cawangan di luar negara.
https://www.instagram.com/p/BRUrRcxDZr_/?taken-by=aoriramen
Sayangnya Aori Ramen tidak mempunyai status Halal. Tapi, apapun kita tunggu pembukaan rasmi.
Akhirnya selepas desas-desus Aori Ramen akan dibuka pada April berakhir selepas disahkan akan debut pada esok hari (Sabtu, 9 Jun 2018) di Pavilion KL.
Status halal masih tidak diketahui.