BlackPink in Ur Area!
Siapa dekat sini Blink? Cepat angat tangan!
Penulis bukanlah Blinks, tapi mengikuti perkembangan BlackPink bermula dari awal debut sehingga sekarang. Selain muzik yang sedap di halwa telinga, rupa paras comel dan cantik belaka, ahli terdiri daripada Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo juga tidak kurang hebatnya dalam berfesyen. Bahkan fesyen mereka sentiasa dilihat on-point sesuai dengan gaya anak muda masa kini. Antara mereka berempat, Jennie dilihat ahli paling stailista dan fashion-forward dan layak digelar ikon fesyen untuk generasi muda masa kini.
Gadis muda ini menggemari oversized suits, crop tops, statement T-shirts, boyfriend jeans, killer boots atau sneakers. Dia adalah ikon yang boleh menggayakan stail feminin tetapi memberi vibe yang cool, sesuai dengan trend jalanan sekarang.
Apa yang menakjubkan ialah walaupun pemilihan gayanya sangat strong, tetapi wajah babyface membuatkan dia bertambah menarik.
7 Gaya BlackPink Jennie Paling On-Point & Boleh Jadikan Inspirasi Anak Muda
#1 From head to toe dari label mewah – Surpreme, Louis Vuitton, Alexander Wang, Vetements. Korang mampu?
#2 Oversized shirts dipadankan dengan Balenciaga Trainer dan tas tangan dari Celine.
#3 Selain BTS V, Jennie juga dikenali sebagai “Human Gucci” oleh media Korea Selatan kerana berjaya memakai jenama tersebut dengan sofistikated. They can pull off the fashion without trying so hard!
#4 Dipilih sebagai muse untuk Chanel, jadi tidak hairan Jennie kelihatan glamor dalam kombo jaket-skirt ini.
#5 Lari daripada kebiasaan, Jennie selesa memakai sepersalinan suit dari YSL. Hebat!
#6 Ini gaya yang sesuai dengan usianya awal 20-an, padanan printed t-shirt bersama slide dari Gucci. Simple tetapi on-point!
#7 Agaknya berapa banyak oversized t-shirt yang Jennie ada?
Penulis perasan walau Jennie bergaya ringkas, mesti ada branded item dalam helaiannya. Agaknya kesemua barang yang dipakai koleksi sendiri atau harta syarikat?