Pemenang pingat perak sukan luncur ais beirama dari Jepun, Shoma Uno mengakui dalam wawancara akhbar yang dia langsung tidak mempunyai masa untuk bercinta kerana terlalu sibuk bermain permainan video. OMG kenapa comel sangat!
“Cinta? Tangan saya sibuk dengan permainan video dan meluncur sekarang. Minat saya dalam permainan masih lagi kuat. Kini, saya ingin mencuba memasuki kejohanan permainan video,” terang atlet berusia 20 tahun itu.
Padanya ia bukan tanda kelemahan atau pasif apabila seseorang memberi tumpuan penuh pada permainan video, ia adalah satu kaedah untuk meningkatkan prestasi malah ketajaman minda.
Uno bersama rakannya Yuzuru Hanyu memenangi pingat perak dalam persaingan luncur ais berirama lelaki di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan pada 17 Februari lalu.
Tak apalah masih muda lagi. Banyak masa untuk alam percintaan, tak perlu tergesa-gesa.