Jenama syampu penyubur rambut nombor satu dari German, Alpecin, ada mengelolakan satu eksperimen yang melibatkan orang awam di mana, 2 daripada 3 orang wanita Malaysia berpendapat bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang berambut lebat.
Dalam jangka masa dua minggu eksperimen itu berlangsung menerusi laman janji temu atas talian yang dipanggil Paktor, dua profil lelaki berusia 28 tahun yang sama telah dimuat naik namun, salah satunya berpenampilan botak meskipun pada profil pekerjaannya kedua-duanya tertera menjawat jawatan sebagai doktor.
Meskipun pekerjaan doktor itu adalah pekerjaan pasangan yang diidam-idamkan ramai wanita, gambar pada profil juga sedikit-sebnayak membantu wanita untuk terpikat. Ramai wanita memilih lelaki yang berambut lebat berbanding lelaki yang menampilkan foto berpenampilan botak.
Ketua Kajian & Pembangunan Dr Wolff Group yang juga merupakan pengasas kepada syampu penyubur rambut Alpecin, Dr A. Klenk berkata, “Impak mempunyai penampilan yang botak ternyata mudah untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang lelaki kerana sering dipandang rendah oleh kaum wanita terutamanya”.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.alpecin.com/en-my] atau lawat laman Facebbok rasmi Alpecin di [www.facebook.com/AlpecinMY].