Nampak reputasi peninju Amir Khan terusan memburuk selepas satu lagi berita dilaporkan peninju itu senang hati “menggatal” dengan seorang model seksi ketika isterinya sarat mengandung.
Amir Khan sanggup menghantar mesej dan menjemput model Dasha Abdelgany, 27 untuk tinggal bersamanya setiap kali berjauhan dengan isteri yang sedang hamil. Peninju itu dituduh melemparkan pujian mengatakan model itu miliki bibir seksi dan suara merdu sebelum memintanya melawat di San Francisco, tempat dia sedang berlatih untuk pertarungan yang akan datang.
Dasha memberitahu Sunday People; “Saya tinggal di New York yang merupakan penerbangan lima jam dari San Francisco. Dia mahu saya terbang untuk melihatnya sebelum isterinya tiba.
“Dia berkata dia berada di sana bersendirian selama empat minggu untuk berlatih dalam pertarungan comeback yang akan datang dan meminta saya ke sana.
Kini, Dasha telah menyekat nombor telefon Amir Khan selepas dia cuba menjemputnya ke San Francisco.
Khan menjelajah ke Amerika bersama isterinya, Faryal Makhdoom, yang mengandung anak kedua mereka tetapi pasangan itu menuju ke negeri yang berasingan. Petinju itu kini sedang menjalani latihan selama empat minggu di California sementara Faryal dilaporkan tinggal di New York.
Siapa sangka depan kaca TV, peninju Amir Khan dilabel sebagai ‘family man’ tetapi belakang……