Minggu sudah, penulis berpeluang melihat dan menjejakkan kaki ke hotel baharu yang berdiri di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur bertaraf empat bintang!
Hilton Garden Inn Kuala Lumpur ini adalah yang pertama di Malaysia dan menurut Pengurus Besar Serantau Hilton Malaysia, Jamie Mead, pihaknya akan membuka dua lagi cawangan Hilton Garden Inn di Puchong menjelang suku ketiga tahun ini manakala di Johor Bahru pula dijadualkan buka pada 2019 nanti.
Menariknya Hilton Garden Inn, hotel empat bintang yang berlokasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ini lengkap dari segi fasiliti termasuklah dobi layan diri 24 jam, pusat kecergasan 24 jam, perkhidmatan WiFi di seluruh kawasan hotel dan di dalam bilik serta pentri menjual snek yang turut beroperasi 24 jam bagi memudahkan penghuni yang menginap di hotel berkenaan.
Sebanyak 265 buah bilik disediakan dan antara peranti yang dilengkapi termasuklah bilik mandi dengan pancuran berserta produk mandian mewah, tilam empuk jenama Slumberland. servis penggunaan WiFi percuma, televisyen HDTV 40 inci dengan variasi saluran tontonan serta seterika, papan menggosok, cerek, minuman kopi dan teh serta peti sejuk mini.
Lebih mengujakan dengan hanya berjalan kaki, individu yang menginap di Hilton Garden Inn ini mudah untuk mengakses ke tempat-tempat tarikan pelancong sekitar Kuala Lumpur, ditambah pula dengan kemudahan monorail stesen Chow Kit yang terletak pada jarak 5 minit berjalan kaki di hadapan hotel.
Harga yang ditawarkan adalah serendah RM160 dan ke atas semalam, bergantung kepada jenis bilik yang dipilih.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [hiltongardeninn3.hilton.com/en/hotels/malaysia] atau lawat laman Facebook rasmi Hilton Garden Inn KL di [www.facebook.com/HGIKLJalanTuankuAbdulRahmanNorth].
Alamat: 449, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia 50100
No. Telefon: 03-2172 6888