Selepas beribu spekulasi mengandung atau tidak dari bintang rancangan realiti televisyen, Kylie Jenner. Akhirnya Kylie mengakhiri kontroversi ini dengan mengemaskini status akaun Instagram iaitu mengumumkan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari yang lalu.
Serius, pengumuman ini mengejutkan para peminat dari seluruh dunia!
https://www.instagram.com/p/BeycUmgFTWb/?taken-by=kyliejenner
Bukan itu sahaja Kylie juga menyediakan sebuah video tentang perjalanan beliau menjadi seorang ibu. Dalam video tersebut anda akan lihat bagaimana kemesraan Kylie dan Travis serta kehidupan beliau selama 9 bulan yang jauh dari pandangan media.
Menurut salah seorang rakannya, sejak umur 15 tahun lagi impian Kylie ialah untuk menjadi dan sememangnya beliau dilahirkan untuk menjadi seorang ibu!
Rata-rata peminat Kylie menerima permohonan maaf dari Kylie yang selama ini memberi pelbagai andaian negatif terutamanya dan paling penting beliau tidak lagi menyorokkan kisah sebenar.
Tak perlu Wanista terangkan lagi, anda boleh tonton sahaja video eksklusif dari Kylie ini – To Our Daughter.
Tahniah Kylie dan memang 2018 keluarga besar Kardashian bertambah besar!