Seperti yang kita semua tahu, bebola mata yang kuning lazimnya berpunca daripada beberapa penyakit yang menyerang organ dalam tubuh manusia seperti penyakit hati, hempedu, pankreas dan beberapa organ utama yang lain. Justeru, adalah amat penting bagi kita semua mendapatkan pemeriksaan awal sebaik menyedari perubahan yang berlaku agar kondisi kesihatan yang serius dapat dielakan.
Biarpun begitu, tahukah anda sebenarnya keadaan bebola mata yang kuning juga bisa dipengaruhi beberapa faktor lain selain penyakit?
Ramai di antara kita sangat sering runsing gara-gara risau bebola mata kuning itu akan merosakan penampilan, misalnya akan buat solekan mata tidak menarik, buat diri kelihatan penat, kusam dan sebagainya.
Untuk itu, ini Wanista jelaskan punca bagaimana bebola mata boleh jadi kekuningan serta cara memutihkannya kembali.
Punca Bebola Mata Jadi Kuning
- Sinaran UV
- Badan kekurangan air
- Pengambilan kafein tidak terkawal
- Terdedah kepada asap dan sumber yang menyebabkan tubuh alah
Cara Memutihkan Bebola Mata Kuning
Guna Titisan Mata
Cara paling cepat untuk menjernihkan di samping memutihkan bebola mata adalah dengan menggunakan cecair titisan mata jenama Innoxa Blue Drops [klik untuk beli]. Cecair titisan mata ini dipercayai mampumembuatkan bebola mata kelihatan putih serta-merta! Namun begitu, pengguna dinasihatkan supaya tidka menggunakannya secara berlebihan dan berterusan, ini kerana dikhuatiri mata akan menjadi merah.
Bagi pengguna yang memakai kanta lekap, guna titisan mata jenama Refresh Teras [klik untuk beli].
Susu Soya
Sila rendamkan beberapa keping kapas ke dalam susu soya asli sebelum tekapkan kapas lembab tersebut pada kelopak mata. Menurut pakar, suhu sejuk serta protein anti-keradangan yang terkandung dalam susu soya dapat mengecutkan pembuluh darah sekaligus, mengurangkan pengaliran darah ke bahagian mata serta bisa memulihkan mata yang sembap.
Minum Air Secukupnya
Badan yang kering akan mempengaruhi warna bebola mata. Oleh itu, anda dinasihtkan untuk minum air secukupkan agar badan kekal hidrat.
Pembayang Mata Putih Berkilau
Untuk memanfaatkan mekap yang sesuai bagi mereka yang mempunyai bebola mata kuning, gunakanlah pembayang mata berkilau rona putih yang kemudiannya diletakkan pada bahagian pembukaan mata (inner corner). Ia serta-merta akan buat penampilan mata kelihatan segar tanpa sebarang kekuningan atau kemerahan.
Penggunaan Penggaris Mata atau Maskara Rona Biru
Sila guna eyeliner atau maskara berwarna biru. Fungsinya sama seperti penggunaan titisan mata biru tadi kerana ia mampu membuatkan penampilan mata yang kuning menjadi putih.
Elak Gula & Lemak
Makanan yang tinggi dengan gula dan lemak akan mengumpul toksin dalam hati dan apabila fungsi organ itu tidak lai normal, toksin yang masuk ke dalam tubuh itu tadi akan mempengaruhi keadaan mata menjadi kuning atau merah. Oleh itu, elak pengambilan gula, lemak dan segala makanan yang diproses agar keadaan hati/mata sentiasa terjaga.
Elak Minum Kafein
Kafein dapat mengeringkan keadaan dalam badan tahu? Oleh itu, adalah mustahak untuk anda mengelak daripada kerap meminum minuman kafein speerti kopi dan teh. Jika tetap mahu minum, selangkannya dengan minuman air putih agar ia dapat menstabilkan bendalir dalam tubuh.
Pakai Kaca Mata Hitam
Kata doktor ketika di luar, amalkan pemakaian kaca mata hitam kerana angin dan sinaran terik UV akan menebalkan lapisan bebola mata serta membuatkan bebola mata jadi kuning. Kondisi ini dipanggil pterygium.
Elak Diri Dari Sumber Alah
Elak diri daripada terdedah kepada habuk, asap, debunga atau sebarang partikel halus yang bisa membuatkan diri anda alah. Ini kerana sumber-sumber alah ini bakal menjadikan mata tidak sihat.
Cara Membezakan Bebola Mata Kuning Yang Disebabkan Penyakit Atau Faktor Luar?
Bebola mata yang disebabkan penyakit organ seperti hati, hempedu, pankreas dan lain-lain turut akan ditemani beberapa simptom seperti berikut:-
- Kegatalan kulit
- Berasa tidak sihat
- Kembung perut
- Keletihan
- Demam
- Warna najis yang pucat
- Air kencing berwarna gelap
Jika ada di antara anda yang menghidap kondisi bebola mata kuning dan dalam masa yang sama mempunyai mana-mana simptom di atas, lekaslah berjumpa dengan doktor kerana organ dalam badan anda mungkin sedang sakit.
Selamat beramal! ❤️