Baru sahaja melahirkan anak pertama pada September 2016, kini Behati Prinsloo yang juga model kepada Victoria’s Secret sarat mengandungkan anak kedua.
Anak sulung mereka Dusty Rose akan menjadi seorang kakak kepada adik perempuan.
Adam Levine dan isteri sangat teruja dengan kehamilan kali kedua mereka ini. Menurut Adam, beliau dan isteri mahu ramai anak dan sekurang-kurangnya 100 bayi lagi!
Penyanyi dari kumpulan Maroon 5 itu memberitahu isterinya Behati adalah anak tunggal jadi keinginan untuk berada dalam keluarga yang besar sudah menjadi impiannya.
Kalau dilihat dari akaun Instagram Behati, beliau gemar berkongsi gambar baby bump untuk anak kedua mereka kali ini. Semalam, Behati sekali lagi berkongsi video comel dia dan kandungannya.
Tapi apa yang paling Wanista kagum tentang Behati, langsung tak naik berat badan bila mengandung. Macam mana tu?