Kita asyik mendengar tentang kehebatan produk kecantikan negara ginseng, Korea Selatan. Tapi siapa sangka negara jiran kita, Indonesia juga tidak kurang hebatnya dalam menghasilkan produk penjagaan wajah yang terbaik untuk wanita.
Buktinya, jenama kosmetik dan penjagaan kulit terkemuka di Indonesia, Wardah Beauty dengan bangga memperkenalkan pelbagai produk inovatif baru – Siri Wardah White Secret. Hasil penyelidikan dan pembangunan selama 7 tahun, Ahli Inovasi Wardah kini bersedia untuk mendedahkan rahsia kepada kulit putih berseri bak kristal.
Satu siri produk penjagaan kulit yang menggabungkan Crystal White Active dan Advanced White Specific System, White Secret membantu untuk mendedahkan cahaya kulit walaupun dari epidermis kulit yang paling dalam.
Kombinasi bahan aktif Dual Active Hydrating Agent, Derma Peptide Technology dan ekstrak Silver Vine membantu memaksimumkan proses mencerahkan kulit dengan melindungi, melembap dan meningkatkan kulit yang cerah, berseri dari dalam dan luar.
Wardah diasaskan pada 1995 sebagai jenama kecantikan halal pertama di dunia dengan visi mudah memenuhi keperluan kosmetik halal. Setiap penciptaan kosmetik Wardah dan penjagaan kulit adalah hasil daripada proses teknologi maju di bawah pengawasan pakar dan pakar dermatologi berdasarkan 3 prinsip utama: Pure and Safe, Beauty Expert dan Inspiring Beauty.
Bukan itu sahaja, kehebatan Wardah terbukti apabila berjaya mengambil wanita paling cantik di rantau seperti Dian Pelangi, Dewi Sandra, Tatjana Saphira dan Raline Shah sebagai duta.
Raline Shah sendiri menjelaskan bahawa Wardah White Secret Pure Treatment Essence merupakan produk kegemarannya, ia bukan sahaja membuatkan kulitnya sentiasa tampak cerah bahkan menyihat serta melembap.
Wanita Malaysia boleh mendapatkan siri Wardah White Secret di semua gedung Watson.