Jika anda bangga dengan bentuk tubuh kurus melidi anda sekarang, baik anda lupakan dahulu kerana tubuh yang kurus tidak semestinya menjamin kesihatan dalaman yang terbaik.
Biasanya orang akan kaitkan individu yang bertubuh besar dengan masalah kesihatan, obesiti dan pelbagai lagi. Tapi sedarkah anda kebanyakan orang kurus juga mempunyai tinggi kolesterol yang tahapnya lebih membimbangkan berbanding orang gemuk! Patutlah ramai orang yang kena strok bukan orang gemuk tapi orang yang bersaiz ‘cantik’ pun ramai kena. Jadi tak kira anda gemuk atau kurus,
Bahaya ke kolesterol?
Tidak. Kolesterol ialah sejenis lemak yang penting untuk badan anda menghasilkan sel namun mempunyai kolesterol yang tinggi/banyak yang membahayakan kesihatan. Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah sempit dengan lebihan lemak. Akibatnya darah sukar sampai ke arteri dan jantung tidak dapat oksigen (dalam darah) yang mencukupi seterusnya boleh memberi serangan jantung. Begitu juga apabila aliran darah yang sikit ke otak boleh menyebabkan serangan strok.
Punca kolesterol tinggi?
Punca utama peningkatan kolesterol dalam darah ialah dari gaya pemakanan. Kebanyakan punca masalah kolesterol dari pemilihan makanan dan tidak mempunyai gaya hidup yang sihat dan cergas. Antara makanan yang boleh menyebabkan tinggi kolesterol ialah: mentega, makanan bergoreng, kuning telur, telur puyuh, sotong, udang, ketam, belut dan susu penuh lemak/krim. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga tinggi kolesterol juga harus berjaga-jaga kerana ia boleh diwarasi dari keluarga.
Simptom kolesterol tinggi?
Simptom sebenar tidak dapat dijelaskan melainkan anda sendiri mengambil ujian kesihatan di klinik. Tahap kolesterol akan berubah-ubah mengikut peningkatan umur seseorang, jadi dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol dan tekanan darah setiap tahun. Walaubagaimanapun, ada yang mengaitkan simptom-simptom kecil dibawah dengan masalah kolesterol:
- Kaki kebas dan sering rasa sejuk
- Kaki kejang pada waktu malam
- Perubahan pada struktur kuku, kuku jadi tebal dan lambat tumbuh
- Luka lambat sembuh (diabetes)
- Kerap cirit-birit
- Badan sering lesu dan sentiasa migrain
- Kulit lebam-lebam biasanya di leher, perut, lengan dan kaki
Cara mengatasi kolesterol tinggi ialah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, hindarkan dari rokok, makanan berlemak, berminyak dan bergoreng. Pastikan anda tahu tahap kolesterol yang bersesuaian dengan umur dan tubuh anda. Sekurang-kurangnya bersenam 30 minit setiap hari dan paling penting dapatkan pemeriksaan dengan doktor ya!