Mungkin ramai yang tidak mengenali Lady Amelia Windsor, tapi jika di Britain beliau ialah anak kerabat diraja paling cantik. Anda terpaksa lupakan sebentar Kate Middleton atau bakal puteri Meghan Markle kerana Lady Amelia yang baru sahaja berusia 22 tahun ini memang akan menggugat mata yang memandang.
BACA: Siapa Meghan Markle? Jom Kenali Tunangan Putera Harry Ini
Hadir sebagai menyokong acara British Fashion Awards, beliau tidak ragu-ragu untuk tampil berbeza dari kerabat diraja yang lain. Gaun seksi jarang rekaan Christian Dior dengan perincian keemasan beri gaya anggun pada Lady Amelia.
Pilihan warna emas sepatu dan menyarung stokin hitam, sedondon dengan beg tangan clutch beri lagi lagak edgy dan chic. Walaupun beliau tampil dengan gaya bra-less tapi Lady Amelia menutup puting payudara supaya tidak kelihatan untuk kekal modesty.
Berada di tangga 36 untuk memegang takhta Ratu Britain, Lady Amelia sibuk dengan dunia fesyen dan modelling. Cucu saudara kepada Ratu Elizabeth II ini juga merupakan pemegang ijazah dari Universiti Edinburgh. Jadi bukan calang-calang cantik ya!
Apa pendapat anda tentang Lady Amelia Windsor? Kalau suka, Wanista akan sediakan satu artikel menarik tentang si cantik kerabat diraja ini.
TERKINI: Kerabat DiRaja Paling Cantik Dan Cool, Inilah Lady Amelia Windsor