Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) iaitu jambatan yang panjang 2.7km dan setinggi 58.2 meter dari aras kaki telah dibuka pada pengguna pada hari ini sejak 6 pagi tadi. Bahagian ini merupakan penghubung diantara 9km lebuhraya Rawang dan Serendah.
Menariknya mengenai projek jambatan ini ialah menggunakan sistem dari Eropah untuk menjaga ekosistem alam semulajadi, Movable Scaffolding System (MSS). Ianya untuk mengelak dari mesin-mesin jatuh dan sekaligus merosakkan pokok.
Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi. Selain itu, pemandu juga dapat melihat pemandangan panaroma bandar Rawang.
Terletak di kawasan Taman Warisan Negeri Selangor, rekaan jambatan tersebut khas demi memelihara spesies pokok Giam Kanching. Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang mencatatkan sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia.
Pembukaan jalan pintas ini dapat mengurangkan kesesakan trafik untuk penduduk Hulu Selangor, Selayang dan Rawang.