Gedung membeli-belah ternama Pavilion KL melancarkan sambutan Krismas 2017 yang bertemakan “Christmas Is In The Air” bermula hari ini hingga 1 Januari 2018 nanti!
Sambutan meriah yang akan menceriakan hari-hari pengujung itu ditemani dekorasi germelapan termasuklah beberapa batang pokok fir yang tersergam indah sambil dikelilingi lampu neon motif bunga Poinsettia serta replika belon panas yang tergantung megah rona emas dan merah.
Sebaik menjejakkan kaki di pintu utama Pavilion KL, tetamu dan para pengujung bakal disambut mesra oleh replika rusa emas yang diperbuat daripada rangka lampu serta pepohon fir yang diselimuti bebola krimas! Pasti berkelas untuk dijadikan latar foto-foto kenangan bersama keluarga atau teman-teman.
Bagi menebarkan lebih banyak keseronokan buat para pelanggan sejati yang dikasihi, Pavilion KL dengan bermurah hati mahu menghadiahkan pakej percutian mewah 4 hari 2 malam ke Maldives kepada dua orang pemenang bertuah sempena program jualan murah akhir tahun (YES) yang bernilai lebih RM80,000!
Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan buat para pengunjung kanak-kanak dan dewasa sepanjang musim perayaan ini.
Ayuh, jangan ketinggalan untuk memenangi hadiah percutian istimewa tajaan Pavilion KL dan Club Med Finolhu Villas Maldives! Lebih banyak anda membeli-belah, lebih besar peluang untuk menangi percutian ke Maldives. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.pavilion-kl.comChristmas-Is-In-The-Air-With-These-Performances] atau lawat laman facebook rasmi di [www.facebook.com/PavilionKL].