Petang semalam, penyanyi yang popular dengan seleksi lagu akustik termasuklah single berjudul “Shape of You” itu ada memuat naik satu gambar di akaun Instagram yang memperlihatkan lengannya dibalut berikutan terlibat dalam satu kemalangan saat berbasikal.
Menurut kapsyen gambar yang ditulis, Ed Sheeran menjelaskan bahawa kecederaannya itu mungkin akan memberi kesan kepada konsert jelajahnya yang bakal bermula dalam masa terdekat iaitu di Taiwan pada 22 Okotber termasuklah di Malaysia pada tanggal 14 November nanti.
Tonton Video Muzik Shape of You Nyanyian Ed Sheeran
Biarpun begitu, Ed Sheeran masih menunggu nasihat daripada pihak perubatan sama ada beliau boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa mahupun perlu direhatkan buat sementara waktu agar kecederaan bisa betul-betul pulih.
Penyanyi berusia 26 kelahiran England itu sebelum ini pernah membuat konsert jelajah di Eropah, di Amerika Syarikat dan baru sahaja menerbitkan album ketiga berjudul ÷ (disebut sebagai “divide”) sekitar Mac lalu.
OMG! Harap-harap Ed Sheeran tak menghampakan para peminat di Malaysia yang menunggu ketibaannya untuk menghangatkan Bukit Jalil November ni!