Media Korea mendedahkan Lee Min Ho pernah memperolehi sebanyak 900 juta KRW ($784,951 USD) hanya untuk menunjukkan muka ke sebuah acara.
Satu laporan mengatakan Lee Min Ho telah dijemput ke sebuah acara di Hong Kong di mana dia hanya perlu menunjukkan wajahnya sahaja. Pada awalnya dia telah menolak kerana kekangan jadual tetapi penganjur acara tersebut terdedak untuk membawanya. Dalam usaha untuk meyakinkan kehadiran Lee Min Ho, penganjur sanggup menyewa pesawat untuknya.
Akhirnya, dia dilaporkan telah muncul dan membawa keuntungan lebih daripada 10 bilion KRW ($8,722,579 USD) sahaja.
Walaupun agensi Lee Min Ho tidak mendedahkan bayaran yang diterima, tetapi mereka mengesahkan bahawa ia adalah jumlah yang amat mengejutkan.
“Tidak ada piawaian tepat untuk bayaran. Lee Min Ho sendiri jarang menghadiri banyak acara, dan kami tidak pernah membuat keputusan tepat untuk bayaran tetapi benar bahawa mereka menawarkan jumlah yang melebihi imaginasi kami.” – MYM Entertainment
Walaupun datang sekejap hanya menunjukkan muka, dah dapat bayaran jutaan ringgit. Hebat sungguh penangan Lee Min Ho ni.
Agaknya berapa banyak Lee Kwang Soo dibayar setiap kali datang Malaysia?