Kita gemar mengembara ke seluruh pelusuk dunia demi melihat keindahan alam dan memahami kebudayaan di bumi orang. Namun setiap orang mempunyai target tertentu dan kebanyakannya akan berkira-kira apabila memikirkan bajet.
Seboleh-bolehnya kita ingin berjimat, mendahulukan apa yang perlu. Tak kisah andai tidak bermalam di hotel yang cantik sekalipun asalkan bisa mengembara… menyelongkar misteri di tempat-tempat menarik sekaligus merakam foto kenangan sewaktu di sana, itu pun sudah cukup memuaskan. Ya, itu hanyalah bagi mereka yang cekal dari segi fizikal dan mental seperti para backpackers.
Namun, bagaimana pula buat individu yang ingin bercuti secara bersenang-lenang but at the same time, masih mampu berseronok sebagai pengembara tegar?
Pernah dengar tentang perkhidmatan kereta api Eastern & Oriental Express milik syarikat perhotelan gergasi Belmond dari United Kingdom ini?
Tonton Video Pengenalan Eastern & Oriental Express
Bukan sebarang kereta api, Eastern & Oriental Express yang diperkenalkan sejak 1993 ini membuka peluang kepada kamu untuk menginap didalamnya selama beberapa malam bahkan membolehkan penumpang mengembara ke beberapa daerah Asia yang disinggah sepanjang perjalanan tersebut.
Tentang Kereta Api Eastern & Oriental Express
Buat yang berjiwa vintaj, pembinaan kereta api ini masih mengekalkan ciri-ciri kereta api klasik berkelas, manakala reka bentuk ruang dalamannya diubah suai menjadi hotel penginapan untuk para penumpang.
Konsep hiasannya pula diinspirasi daripada gerabak kereta api nostalgia yang pernah menjadi set penggambaran untuk filem klasik berjudul “Shanghai Express” lakonan Marlene Dietrich pada tahun 1932.
Kabin
Dilengkapi penghawa dingin serta servis yang mengagumkan, anda pasti berasa puas andai dapat menikmati penginapan unik sebegini.
Setiap kabin menyediakan bilik air mewah, disertai katil serta ruang berehat yang cukup selasa.
Makanan
Hidangan versatile yang disediakan adalah hasil air tangan tukang masak profesional dan rata-ratanya diterap dengan rasa asli kulinari orang Asia untuk memberi pengalaman yang lebih mengujakan buat para pelancong asing yang menyertai pengembaraan jelajah ke bumi Asia Tenggara ini.
Sambil makan, penumpang boleh melihat pemandangan permai dek perjalanan yang melalui pinggir hutan, anak-anak sungai serta sawah padi.
Setiap makanan disedikan segar bahkan dihidang dengan cara yang paling mewah, bertepatan dengan kos penginapan yang dibayar.
Hiburan & Aktiviti
Setelah menikmati pemandangan indah serta hidangan mengenyangkan, seperti orang dulu-dulu penumpang akan dipersembahkan dengan tarian tradisional Melayu dan Thailand yang diselangi alunan piano mengasyikkan seolah kembali ke zaman lampau!
Setibanya di beberapa perhentian seperti Pulau Pinang dan Bangkok nanti, kamu juga boleh turun melawat dan singgah ke beberapa lokasi tarikan pelancongan terdekat sebelum menyambung semula perjalanan ke destinasi seterusnya.
Tonton Aktiviti Wanita Ini Sepanjang Pengembaraan Bersama Eastern & Oriental Express
Menarik kan cuti begini? Sesuai untuk pasangan yang merancang untuk berbulan madu tapi mahukan percutian yang lain daripada yang lain. Teruskan berehat bersama pasangan dan biarkan Eastern & Oriental Express membawa kamu menuju ke “syurga dunia” bersama yang tersayang!
Jika berminat, you guys boleh lawat laman sesawang Belmond di [www.belmond.com/trains/asia/eastern-and-oriental-express].
Pakej harga adalah sekitar RM10,000 hingga RM21,233 seorang (mengikut jenis bilik kabin yang ditempah) untuk perjalanan dari Singapura ke Bangkok merentasi Malaysia selama tiga hari dua malam.
Cepat kumpul duit! ❤️