Kim Kardashian nak datang Malaysia? Sekejap baca habis dulu, jangan main serkap jarang.
Melalui satu temu ramah telefon dengan New Straits Times, Kim Kardashian mempertimbangkan satu lawatan ke Malaysia suatu hari nanti jika ada kesempatan.
“Sudah tentu saya mahu datang ke Malaysia, ia adalah salah satu impian saya. Kami (Kim dan keluarga) perlu merancang untuk ke sana, saya ada mendengar ia adalah sebuah negara yang indah. Dan saya sendiri suka melancong ke tempat-tempat yang langsung tidak pernah pergi sebelum ini.
“Saya akan mencadangkan Malaysia sebagai percutian keluarga yang seterusnya,” jelas isteri kepada rapper Kanye West.
Bahkan Kim berharap agar para peminat dapat menunjukkan tempat menarik yang ada di Malaysia.
“Anda perlu menunjukkan kepada saya di mana untuk mencari makanan dan tempat terbaik untuk dikunjungi, ia pasti akan menjadi sebuah percutian yang terbaik,” jelas Kim lagi.
Kini, Kim sedang sibuk mempromosikan program realiti Keeping up with the Kardashian musim ke-14 yang akan dimulakan pada 2 Oktober jam 9 malam di E! (Astro Channel 712).