Fesyen berubah mengikut arus peredaran zaman, namun tidak mustahil andainya stail-stail retro itu diguna pakai kembali lalu menjadi ikutan semula contohnya seperti material baldu yang sering digayakan pada 70-an kini kembali menjadi hangat sebagai statement piece!
Baru-baru ini, telah berlangsungnya acara fesyen berprestij iaitu Minggu Fesyen New York (NYFW). Inilah masa komuniti fesyen mengambil peluang untuk menonjolkan diri dalam seleksi busana menarik lagi esksentrik.
Dalam masa yang sama, lebih berpuluh jenama fesyen terkemuka berlumba-lumba memperagakan koleksi musim bunga 2018 mereka, dari 7 hingga 14 September lalu.
Dari pertunjukan fesyen tersebut, kita sudah boleh mengagak stail apakah yang akan menjadi ikutan tahun hadapan. Jom lihat apa yang hangat dan bakal menajdi trend fesyen sensasi untuk 2018 nanti!
#1 Sequins
Back to 00s! Masih ingat lagi masa Paris Hilton suka sangat gayakan pakaian yang berkilau seperti dress ketat yang dihiasi perincian sequins sarat? Nampaknya tahun depan, trend ni kembali hangat. So… korang bolehlah start shopping baju ‘menghelip’ macam ni okay!
#2 Jalur Menegak
Jika tahun ini kita banyak melihat helaian yang dihiasi corak jalur melintang, tahun depan corak jalur menegak pula yang akan jadi sebutan.
#3 Lengan Gelembung
Potongan lengan gelembung ini biasanya digayakan oleh mak-mak kita dahulu. Popular sekitar tahun 50an, kini gaya puffy sleeves ini kembali diperkenalkan menerusi helaian dress serta kemeja.
#4 Kemeja Labuh
Diinspirasi daripada gaya boyfriend shirt, kemeja labuh sebegini boleh dipakai begitu sahaja sebagai dress pendek berpotongan longgar mahupun digayakan bersama seluar untuk acara santai!
#5 Warna Jingga
Kalau tahun ni warna feminin yang popular dan digemari ramai adalah merah jambu, tahun depan… warna oren adalah is the new black!
#6 Fabrik Satin
Sering dimanfaatkan dalam penghasilan pakaian tidur kerana permukaannya yang licin dan terasa sejuk apabila dihamparkan di atas kulit, fabrikasi satin kini banyak diterapkan dalam rekaan koleksi musim bunga 2018 yang ditawarkan dalam pelbagai rona pilihan, eksklusif buat wanita yang edgy!
#7 Fabrik Jaring Jenis “Tulle”
Sering dilihat pada tutu si ballerina, tulle menjadi antara fabrik yang sensasi untuk koleksi musim bunga 2018!
#8 Fabrik Jarang
Fabrikasi jenis jarang sebegini akan buat si pemakai tampak seksi sekaligus menyerlahkan aura keyakinan diri si “dangerous woman”!
#9 “Two Piece” Dress
Kalau dahulu dress hanya disarungkan begitu sahaja namun untuk musim bunga 2018, ramai pereka tampil dengan seleksi koleksi two piece dress yang boleh disuai padan dengan seluar mahupun skirt lain didalamnya… mengikut kreativiti si fashionista.
#10 Jumpsuits
Trend jumpsuits kali ini banyak dihiasi perincian lebih feminin termasuklah ropol sebegini.