Ramai ibu bapa akan jadi pening kepala bila berkira-kira tentang lokasi percutian yang bertepatan dengan jiwa anak-anak. Siapa tahu, nun di Ipoh ada sebuah lokasi percutian santai terbaik yang memang sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga!
Biarpun dalam negara, suasana di sana adalah nyaman bahkan dikelilingi alam hijau yang terus buat hati jadi tenang. Ternyata lokasi percutian ini buksn sahaja akaN buat anak-anak yang girang gembira malahan ibu bapa pun turut berasa seronok! Inilah yang dinamakan win-win situation 🙂
Beberapa minggu sudah, penulis dihantar untuk bertugas ke sana bagi menyaksikan sendiri acara gilang-gemilang dipanggil Wildlife Heroes, menyaksikan kehebatan 10 kanak-kanak dalam menempuh pelbagai cabaran dalam bengkel khas selama tiga hari 2 malam tajaan Sunway Theme Park -menimba ilmu yang mendedahkan mereka kepada alam semula jadi dan liar menerusi beberapa siri modul termasuklah mempelajari cara memelihara dan memulihara habitat flora dan fauna.
Berbalik pada lokasi percutian keluarga tadi, penulis juga sempat bermalam di sana dan apa yang boleh penulis kongsikan… sehari suntuk berada di sana pun masih belum cukup untuk meneroka segenap tarikan dalam Lost World of Tambun. Taman temanya lebih besar berbanding Sunway Lagoon, konsep yang dibawakan pula mengetengahkan unsur safari bagi menonjolkan alam semula jadi.
Menginap di Lost World Hotel, bilik yang disedikan adalah bertaraf tiga bintang, selesa dan keselamatan juga terjamin, namun tidak banyak tempat makan atau kedai yang disediakan di bahagian bawah hotel. Sebaliknya pengunjung yang menginap hanya mempunyai pilihan sama ada untuk makan di restoran hotel mahupun makan di kedai yang terhad seperti PappaRich.
Sementara itu, ayuh lihat apa lagi yang menarik di Lost World of Tambun!
#1 Gua Datok
Menyimpan seribu satu misteri yang menakjubkan untuk mereka yang gemar mengembara, sertai aktiviti pendakian dalam hutan yang menguji mental dan fizikal. Memang penat meniti 360 anak tangga namun sebaik sampai di pintu gua, persiapkan diri untuk melihat keajaiban alam paling memukau!
Lihat kesan-kesan tinggalan sejarah sejak 400 tahun dahulu dengan keadaan gua yang masih terpelihara cantik di mana, gua tersebut dahulu menjadi kawasan utama orang-orang zaman pra-sejarah mencari permata serta bersembahyang. Orang-orang tempatan juga menganggap Gua Datok sebagai tempat yang suci dan sememangnya harus dipelihara sampai bila-bila.
#2 Tapak Glamping
Ingin suatu kelainan? Tak perlu bermalam di hotel, apa kata sewa sahaja tapak Glamping yang Tambun sediakan. Tapak perkhemahan mewah ini berhadapan dengan kawasan tasik indah sambil berlatarkan gunang-ganag yang indah menghijau. Boleh memuatkan sehingga empat orangdalam satu khemah, harga yang ditawarkan juga setanding dengan pakej kemudahan yang ditawarkan.
Pakej 1: RM588 untuk dua orang termasuk pakej sarapan serta tiket masuk ke taman tema (bernilai RM240)
Pakej 2: RM788 untuk empat orang termasuk pakej sarapan serta tiket masuk ke taman tema (bernilai RM452)
#3 The World Petting Zoo
Tempat paling seronok untuk mendekati binatang, persekitarannya juga dijaga bersih memberi lebih keselasaan buat pengunjung. Rasai pengalaman untuk melihat sendiri habitat binatang liar seperti, pelbagai spesis ular, harimau malaya, zirafah, kuda belang, rusa, badak sumbu, flamingo dan banyak lagi! Boleh kata kebanyakan haiwan kat sini jinak-jinak tau?
Bukan itu sahaja taman kucing yang dipanggil CATOPIA pun ada, menempatkan beberapa sepsis kucing untuk si pencinta kucing mengusap dan bermain dengannya.
Jarak antara setiap taman hidupan liar ini tidaklah begitu jauh, pengunjung boleh memilih sama ada mahu berjalan kaki atau menaiki servis kereta api transit yang disediakan.
#4 Lost World Water Park
Menariknya taman teman air ini, ia dibuka sehingga 10 malam! Jadi tak perlulah anda menggesa anak-anak untuk lekas mandi-manda sebelum masuk waktu tengahari atau petang. Kalau takut anak-anak demam, boleh bawa mereka mandi-manda di kolam gergasi ini pada waktu malam.
Usah risau kerana jarak hotel dan taman tema Lost World of Tambun hanyalah 5 minit berjalan kaki. Lokasinya adalah berhadapan dan tak perlu memandu pun. Jika malas berjalan kaki, anda boleh menggunakan khidmat kereta api transit.
#5 Lost World Amusement Park
Dah penat mandi-manda dan meneroka alam semula jadi? Kini tiba masanya untuk anda menghilangkan stress untuk menjerit sekuat hati bersama anak-anak dengan menaiki permainan seperti roller coaster, cuba menguji ketahan diri dalam rumah hantu serta berkayak untuk lihat keunikan “Needle of Tambun”.
Macam-macam aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga dan tentunya menyeronokkan!
Untuk keterangan lanjut, sila layari [sunwaylostworldoftambun.com]