Pakaian lelaki kebiasaannya dihasilkan menggunakan fabrikasi polos agar lebih mudah untuk disesuaikan dengan personaliti seorang maskulin. Namun begitu, lain pula konsep koleksi musim luruh untuk lelaki yang ditampilkan Timberland baru-baru ini.
Corak berceloreng yang disunting dari cetakan corak ketenteraan itu diaplikasikan ke dalam rekaan kali ini bagi mencerminkan sifat keberanian lelaki waja.
Antara helaian versatile yang turut serta dalam koleksi berseni dari Timberland ini adalah termasuk Baju-T, kemeja, seluar pendek, chinos serta jaket manakala palet warnya pula disertai rona camel dan biru gelap. Amat sesuai untuk gaya kasual yang secara tidak langsung mampu membangkitkan aura perkasa yang diidamkan semua lelaki.
Bagi mempelbagaikan gaya, si pemakai juga boleh menyuai padakan helaian ini bersama dengan helaian kasual lain untuk nampak lebih bergaya sebagai contoh jaket yang bercetak boleh menjadi penyeri kepada baju-T polos rona putih yang kemudiannya ditemani celana dneim dan sepasang sneakers ringkas.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.timberland.com.my]