First impression biasanya dikaitkan dengan senyuman. Senyuman adalah satu ciri pertama yang orang akan lihat di kala bertemu pertama kali, apatah lagi jika dibarisi gigi putih bersih.
Kajian menunjukkan yang 54% dewasa berkata, jika ada satu perkara yang ingin mereka lakukan untuk membaiki senyuman, ia adalah memutihkan gigi, berbanding membetulkan jajaran gigi atau isu kosmetik lain. Malah, mereka sanggup ke pakar pergigian untuk dapatkan hasil segera.
“Philips Zoom! Whitening direka untuk menawarkan hingga 8 tona pemutihan dalam hanya 45 minit dengan teknologi aktivasi-cahaya terkini! Pada zaman di mana semua orang sentiasa sibuk, produk berkualiti seperti Philips Zoom! Whitening yang memberikan hasil menyerlah pada waktu pantas terbaik menjadi lebih penting,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Philips Malaysia.
Philips Zoom! Whitening
Philips Zoom! Whitening menawarkan portfolio menyeluruh produk pemutihan gigi profesional bagi memperbaharui senyuman yang sihat dan putih. Ia mengandungi ferrous gluconate yang bertindak sebagai katalis foto bila disapu pada permukaan gigi. Gel ini bertindak bila terdedah kepada cahaya LED menerusi teknologi cahaya Philips Zoom! Whitespeed, lantas memecah partikel cela kuning atau perang, mengubah gigi menjadi putih dalam hanya 45 minit.
Proses pemutihan hadir dalam empat peringkat di mana hasil serta merta diperoleh dengan hanya satu lawatan klinikal dalam masa 45 minit. Proses empat peringkat ini memakan masa 15 minit bagi setiap peringkat, dan ia diulang dalam tiga pusingan.
Peringkat Satu: Gel Philips Zoom! Whitening disapu pada permukaan gigi.
Peringkat Dua: Reaksi kimia akan bertindak balas di mana peroxide – cela kuning atau perang pada gigi – bertindak dengan ferrous gluconate dalam gel untuk menghasilkan radikal.
Peringkat Tiga: Gel Philips Zoom! Whitening terus bertindak balas dengan cahaya LED menerusi reaksi fenton-foto.
Peringkat Empat: Cahaya itu secara pusingan memperbaharui zat besi dan terus menghasilkan radikal, lantas memberi keputusan memutih sewaktu rawatan dilakukan.
Philips Zoom! Whitening hanya ada di rakan pakar pergigian Philips Malaysia. Sesi konsultasi dengan doktor gigi diperlukan bagi membincangkan keadaan gigi anda dan tahap keputihan yang boleh diberi.
Untuk informasi lanjut, layari http://philips.com.my bagi mengetahui lebih lanjut rangkaian produk penjagaan kesihatan oral yang Philips Malaysia tawarkan.