Dunia kecantikan cukup luas, apatah lagi dengan kemajuan teknologi kini yang mampu menghasilkan apa sahaja kemungkinan untuk seorang wanita menjadi cantik. Begitu juga dengan bahan atau sumber yang mempunyai kebaikan tersendiri dijadikan olahan untuk pelbagai jenis produk. Sejurusnya memberi lambakan jenama kecantikan yang terdorong daripada rutin atau teknik penjagaan dari unsur yang melibatkan fakta-fakta kecantikan dari ‘negara itu’, ‘negara ini’.
Sama seperti sumber kecantikan yang datang dari tanah gunung berapi yang kini tengah hangat dipasaran, Tapi apa yang kita semua tidak perasan, di Malaysia tidak mempunyai gunung berapi kerana negara ini terletak di luar Lingkaran Api Pasifik. Jadi mana datangnya kepercayaan tentang kebaikan, kecantikan dari tanah gunung berapi?
Seperti negara-negara yang mempunyai gunung berapi mereka telah banyak memanfaatkan ciptaan tuhan ini dengan menyuburkan tanaman mereka dan paling menarik mengubah ia sebagai item kecantikan.
Tanah, tanah liat dan abu gunung berapi tinggi dengan sulfur, iaitu bahan mineral yang mampu membunuh bakteria. Kandungan sulfur yang tinggi mampu melambat penenuaan, secara tidak langsung melindungi kulit daripada kesan toksik pencemaran dan radiasi. Ia juga sebahagian struktur kimia iaitu amino acids glutathione, taurine, cysteine dan methionine.
Manfaat dari gunung berapi untuk kecantikan:
- Melambatkan penenuaan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Membersih kulit dari sebarang kotoran, kulit mati dan bakteria
- Membaiki permukaan kulit (jerawat/parut jerawat, ekzema, kesan regangan dan banyak lagi)
- Mengecilkan liang pori
Selain itu, sulfur juga diperlukan dalam protein keratin untuk rambut dan kuku. Ianya menjadi bahan didalam produk seperti syampu, pembersih muka, rawatan untuk parut jerawat dan skrub badan.
Di Malaysia gelombang produk kecantikan dari Korea Selatan semakin teguh, mereka juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan beberapa jenis produk dari sumber gunung berapi. Antara item kecantikan yang paling laku ialah masker tanah liat gunung berapi. Kebanyakan produk ‘gunung berapi’ hasil dari gunung berapi di Pulau Jeju. Volcanic Pumice, sejenis batu gunung berapi dijadikan serbuk pelbagai guna sebagai bahan dalam produk.
Pada anda yang pernah menggunakan sebarang rawatan kecantikan dari produk gunung berapi, bagaimana dengan keberkesanannya? Masih terdapat banyak lagi persoalan yang timbul seperti originaliti produk dari gunung berapi yang tidak mempunyai sebarangan campuran kimia lain?
Namun pada pendapat penulis, elakkan dari membeli jenama yang memberi harga yang jauh lagi rendah sebagai penjagaan kualiti produk dan masih ada banyak lagi produk dari sumber lain untuk dijadikan sebagai pilihan.